Polis Pahang cari individu bakar kucing, MAA tawar RM10,000

Kuantan - Polis Pahang sedang mengenal pasti maklumat berkaitan seorang individu membakar anak kucing yang didakwa berlaku di negeri ini sebagaimana tular di media sosial sejak kelmarin.
Ketua Polis Pahang, Datuk Abd Jalil Hassan berkata, pihaknya sedia maklum berhubung video yang tular itu dan kini dalam proses mengumpul maklumat untuk tindakan lanjut.
"Kita minta semua ketua polis daerah bekerjasama dengan badan bukan kerajaan (NGO) dan komuniti penduduk bagi mendapatkan maklumat berhubung kes ini
"Pada masa sama, orang ramai yang mempunyai maklumat diminta tampil membantu siasatan supaya pelaku dapat dikesan dan ditangkap," katanya.
Video berdurasi 46 saat memaparkan tindakan seorang individu membakar anak kucing yang dikatakan berlaku di Pahang tular di media sosial sejak kelmarin.
Berdasarkan rakaman tersebut, individu berkenaan dipercayai menyimbah minyak sebelum membakar haiwan itu.
Dalam video berkenaan, jelas menampakkan kucing itu berlari dalam keadaan sedang terbakar.
I wish i didnt see this💔people are so heartless nowadays.. why tf would you burn the cat like that 😭, ive lost faith in humanity pic.twitter.com/Rh4RwmdqfI— rox (@illyarox) July 19, 2020
Insiden berkenaan turut mendapat perhatian Persatuan Haiwan Malaysia yang mengutuk perbuatan tersebut, malah menawarkan ganjaran kepada mana-mana individu yang memberikan maklumat tepat berhubung kejadian tersebut.
Menurut persatuan itu menerusi satu hantaran di laman Facebook rasminya, mereka mendapat maklumat tidak lengkap dengan ada yang mengatakan kejadian berlaku di Pahang, namun butiran tidak disertakan untuk siasatan seterusnya.
Persatuan Haiwan Malaysia (Malaysia Animal Association) menawarkan ganjaran RM10,000 kepada mana-mana individu atau kumpulan yang mempunyai maklumat mengenai insiden membakar kucing supaya tampil membantu siasatan.
Menurut persatuan itu menerusi satu hantaran di laman Facebook rasminya hari ini bahawa ia mendapat maklumat tidak lengkap dengan ada yang mengatakan kejadian berlaku di Pahang namun butiran tidak disertakan untuk siasatan seterusnya.
“Malaysia Animal Association menaikkan tawaran ganjaran daripada RM3,000 kepada RM10,000 untuk mana-mana individu atau kumpulan yang boleh mengesahkan aksi bakar anak kucing dengan mencurah minyak lalu mencucuh api menggunakan pemetik api.”
Persatuan itu turut merayu agar maklumat lengkap dengan laporan polis dapat diambil sehingga pelaku berjaya ditangkap, didakwa di mahkamah dan dijatuhi hukuman maksimum atas kezaliman membakar anak kucing itu hidup-hidup sekiranya benar kejadian dan pelaku berada di Malaysia.
Terdahulu, persatuan tersebut memuat naik satu klip video berdurasi 45 saat yang memaparkan seekor anak kucing sedang dibakar dan perbuatan zalim itu dirakam sendiri oleh pelakunya.
Orang ramai digesa untuk memberikan maklumat melalui aplikasi WhatsApp di talian 011-20901097.
Tiada ulasan: