Senarai 84 masjid di Pahang yang dibenar solat Subuh, Jumaat - Kuantan City Portal - Laman Komuniti Warga Kuantan

Senarai 84 masjid di Pahang yang dibenar solat Subuh, Jumaat


Kuantan - Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) hari ini, memaklumkan sebanyak 84 buah masjid di seluruh negeri dibenarkan mengadakan solat Subuh berjemaah dan solat Jumaat dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Pelaksanaan solat Subuh dan solat Jumaat itu dibenarkan mulai semalam dengan pematuhan terhadap prosedur yang ditetapkan.

Terdapat 13 masjid daerah kategori B iaitu masing-masing dua di Kuantan, Pekan, Temerloh dan Bentong manakala selebihnya di Jerantut, Bera, Raub, Lipis dan Jengka.

Kuantan mencatatkan jumlah masjid kariah paling banyak dibenarkan iaitu tujuh buah diikuti enam di Rompin dan Lipis, manakala masing-masing lima di Pekan, Maran, Temerloh, Bera, Jerantut, Bentong, Raub, Muadzam Shah, Chenor dan Jengka.

Selain itu, dua buah masjid kariah di Cameron Highlands juga dibenarkan untuk mengadakan solat Subuh dan solat Jumaat iaitu Masjid Kayangan Brinchang dan Masjid Kuala Boh.

Pahang sebelum ini menangguhkan semua aktiviti di masjid dan surau termasuk bagi solat jemaah ekoran pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada 18 Mac lalu sebelum membenarkan solat Jumaat kembali dilaksanakan di masjid terpilih setiap daerah mulai 22 Mei lalu.

Kebenaran melaksanakan solat Jumaat itu, bagaimanapun, tertakluk kepada prosedur operasi standard (SOP) yang perlu dipatuhi orang awam, selepas kerajaan negeri berpuas hati dengan sesi percubaan yang diadakan di tiga buah masjid di Kuantan pada 15 Mei lalu.
 

Senarai Masjid Kariah Terlibat Mengikut Daerah

1 - Kuantan

• Masjid Sultan Ahmad Shah, Sungai Isap

• Masjid Saidina Ali Abi Talib, Bukit Sekilau

• Masjid Tengku Panglima Perang Tengku Muhammad, Sungai Karang

• Masjid Tariq Bin Ziyad, Sungai Soi

• Masjid Saidina Hamzah, Kampung Padang

• Masjid Maahad Tahfiz Negeri Pahang, Tanjung Lumpur

• Masjid Universiti Malaysia Pahang (UMP) Kampus Gambang


2 - Pekan

• Masjid Sri Maulana

• Masjid Sultan Ahmad Shah

• Masjid Pulau Serai

• Masjid An-Nur Ketapang Hilir

• Masjid Taman LKNP


3 - Rompin

• Masjid Kampung Janglau

• Masjid Sungai Puteri

• Masjid Kampung Pantai Bernas

• Masjid Al-Hikmah Bandar Lama

• Masjid Sultan Haji Ahmad Shah Tanjung Gemok

• Masjid Felda Selendang


4 - Maran

• Masjid Kuala Sentol

• Masjid Kampung Sentosa

• Masjid kampung Luit

• Masjid Kampung Paya Bungor

• Masjid Felcra Sri Makmur


5 - Temerloh

• Masjid Taman Temerloh Jaya

• Masjid Desa Murni

• Masjid Taman Sri Semantan

• Masjid Kampung Kuala Mai

• Masjid Kampung Rantau Panjang


6 - Bera

• Masjid Kampung Jelam

• Masjid Kampung Bohor Baharu

• Masjid Felda Sebertak

• Masjid Felda Kumai

• Masjid Felda Triang 3


7 - Jerantut

• Masjid Pusat Penyelidikan Pertanian Tun Razak

• Masjid Kampung Temin

• Masjid Kampung Jerantut Feri

• Masjid Kampung Kuala Tembeling

• Masjid Kampung Padang Piol


8 - Bentong


• Masjid Kampung Baru

• Masjid Kampung Bukit Piatu

• Masjid Taman Desa Damai

• Masjid Felda Sertik

• Masjid Felda Lurah Bilut


9 - Raub


• Masjid Felda Klau 1

• Masjid Tengku Abdullah Gali Tengah

• Masjid Kampung Pintu Padang

• Masjid UITM Raub

• Masjid PUSPEN Sungai Ruan


10 - Lipis

• Masjid Jamek Kampung Budu

• Masjid Saidina Ali Kampung Tempoyang

• Masjid Kampung Gua

• Masjid Sultan Haji Ahmad Shah, Sungai Koyan

• Masjid Al-Muttaqim Kampung Kerambit

• Masjid Kampung Relong


11 - Cameron Highlands

• Masjid Kayangan Berinchang

• Masjid Kuala Boh


12 - Muadzam Shah

• Masjid Bukit Ibam

• Masjid Felda Keratong 4

• Masjid Tengku Ampuan Afzan, Bandar Satelit

• Masjid Felda Keratong 3

• Masjid Felda Keratong 9


13 - Chenor

• Masjid At-Taqwa Kampung Awah

• Masjid Al- Furqan, Felda Kampung Awah

• Masjid Nurul Huda, Jengka 18

• Masjid Al-Wifak, Felda Jengka 6

• Masjid Ubudiah, Felda Sungai Nerek


14 - Jengka

• Masjid Felda Jengka 1, 3, 12, 13 dan 22



blog counter views

Tiada ulasan: