PKPB: SOP buka ekonomi mulai 4 Mei, boleh joging, badminton, kedai mula dibuka - Kuantan City Portal - Laman Komuniti Warga Kuantan

PKPB: SOP buka ekonomi mulai 4 Mei, boleh joging, badminton, kedai mula dibuka


Kuala Lumpur - Kerajaan akan membuka semula sektor ekonomi secara berhati-hati dengan menguatkuasakan standard prosedur operasi (SOP) ketat mulai 4 Mei ini.

Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, tindakan itu diambil selepas mendapat nasihat Kementerian Kesihatan berdasarkan data yang diperoleh. "Hampir semua sektor ekonomi dan aktiviti perniagaan akan dibenarkan beroperasi tertakluk kepada syarat dan SOP ditetapkan kerajaan.

Tetapi masih ada beberapa industri yang masih tidak dibenarkan beroperasi yang membabitkan perhimpunan ramai yang mana penjarakan sosial sukar dilakukan seperti panggung wayang, pusat hiburan, karaoke, kelab malam, bazar Ramadan dan Aidilfitri, karnival jualan termasuk semua bentuk acara sukan yang besar termasuk bola sepak," katanya pada Perutusan Khas Perdana Menteri Sempena Hari Pekerja, hari ini.

Muhyiddin berkata, perjalanan rentas sempadan negeri juga tidak dibenarkan kecuali untuk tujuan hadir bekerja dan pulang semula ke rumah sendiri selepas terkandas di kampung atau di tempat-tempat lain. "Perjalanan rentas negeri untuk balik ke kampung semasa cuti perayaan Aidilfitri tidak dibenarkan. "Buat masa ini, semua sekolah, kolej dan institusi pengajian tinggi masih belum dibuka," katanya.

Beliau berkata, majikan digalakkan membenarkan kakitangan mereka bekerja dari rumah atau secara selang-seli bagi selepas kerajaan membenarkan sektor ekonomi dibuka semula.

Menurutnya, langkah itu juga boleh membantu ibu bapa menyelesaikan masalah penjagaan anak-anak. "Walaupun pusat penjagaan kanak-kanak akan dibuka dengan mengamalkan standard prosedur operasi (SOP) tertentu tetapi ramai ibu bapa yang masih bimbang untuk menghantar anak-anak ke pusat penjagaan kanak-kanak. 

"Kalau majikan boleh membenarkan datang kerja secara selang-seli ia boleh membantu selesaikan masalah ini. "Jika anak tak perlu dihantar ke pusat jagaan, ia secara tidak langsung memudahkan penjaga mengikut SOP yang ditetapkan ketika penjagaan kanak-kanak,"

Katanya, senarai lengkap dan aktiviti yang dibenarkan dirujuk Majlis Keselamatan Nasional (MKN), senarai ini akan disemak dari masa ke semasa bergantung kepada perkembangan kes COVID-19 "Semua sektor perniagaan dan industri serta sosial beroperasi tertakluk peraturan semasa dan prosedur operasi standard (SOP) pihak berkuasa," katanya.

Semua sekolah, kolej dan universiti masih belum boleh dibuka, selain semua aktiviti keagamaan membabitkan perhimpunan ramai.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin turut mengumumkan bahawa semua aktiviti riadah dan sukan membabitkan perhimpuan ramai seperti bola sepak juga masih tidak dibenarkan.

Berikut merupakan SOP lengkap Pembukaan Semula Ekonomi yang digelar Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB):



PHP Hits Count views

Tiada ulasan: