Pejabat ADUN Tanjung Lumpur jawab isu ibu tunggal dikatakan terabai
![]() |
Terjahan Ebit Lew dikatakan seolah-olah menggambarkan kepada orang luar bahawa pihak berkuasa tempatan dan orang setempat langsung tidak mengambil tahu tentang perihal orang susah di tempat mereka. Itu ternyata tidak benar. |
“Pada pandangan saya , cara UEL kurang tepat.. dia sepatutnya ambil maklumat yang sahih dari ketua kampung, pejabat ADUN atau orang kampung sebelum pergi bantu.
Kalau UEL terus buat macam ini, (terjah dan viralkan tanpa ada apa-apa maklumat) Fitnah akan terus tersebar (adakah UEL suka jadi asbab tersebar fitnah???.)
UEL seorang yang baik dan suka bersangka baik, tetapi cara untuk membantu perlu dibaiki supaya betul-betul golongan sasar yang sepatutnya dapat akan dapat. Sebab itu perlu bekerjasama dengan dapatkan maklumat sahih dari orang yang berhampiran sebelum bantu”, tulis Izziey Kamal di Facebook.
Tanjung Lumpur terletak dalam kawasan DUN yang diwakili oleh Pesuruhjaya PAS Pahang iaitu Ustaz Rosli Abdul Jabar. Ramai netizen menyerang beliau kononnya tidak cakna isu penduduk setempat. Turut dikecam ialah Ahli Parlimen Kuantan, Fuziah Salleh yang dikatakan lebih pentingkan diri tanpa mengambil tahu nasib rakyat di kawasannya.
Bagi menjawab persoalan tersebut satu kenyataan telah dikeluarkan oleh pejabat ADUN Tanjung Lumpur. Antara lain bagi memberikan penjelasan berkaitan isu yang telah di tularkan di media sosial. Ada netizen yang mendakwa, isu tersebut sengaja diperbesarkan kerana sepatutnya semua penduduk di kawasa terbabit sudah berpindah dan menerima pampasan.
Difahamkan pejabat ADUN Tanjung Lumpur sememangnya tidak berminat untuk memberikan penjelasan tentang isu ini, tetapi oleh kerana mereka di hujani dengan pertanyaan dan kecaman dari seluruh negara maka penjelasan berkaitan isu ini terpaksa dibuat.
Menurut kenyataan tersebut, ibu tunggal tersebut sebelum ini tinggal di Flat Pak Mahad bersama ibunya cuma kini dia memilih untuk tinggal di rumah usang tersebut. Beliau juga adalah penerima sumbangan barangan dapur hampir setiap bulan dari pejabat ADUN Tanjung Lumpur.
"Di musim PKP ini beliau juga telah pun menerima sumbangan dari bilik operasi kami sebanyak dua kali begitu juga ibunya, pihak kami difahamkan beliau juga menerima sumbangan dari pihak lain, seperti NGO dan Masjid sebelum isu kemiskinannya tular.
"Apa yang mendukacitakan kami ialah kenyataan yang tertulis sepertinya beliau lansung tidak mendapat bantuan dan juga lansung tidak mendapat perhatian dari pihak wakil rakyat sedangkan beliau hampir setiap bulan menerima bantuan dari Pejabat ADUN dan juga dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), sebelum isu ini tular ahli rumah beliau juga mendapat bantuan dari pihak lain seperti badan bukan kerajaan (NGO), pihak masjid dan Majlis Ugama Islam Dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) melalui e-asnaf," kata kenyataan itu.
"Tidaklah menjadi satu kesalahan bagi pihak beliau memohon sumbangan derma dari orang ramai, cuma yang menjadi dukacitanya bagi pihak kami ialah kenyataan yang tertulis itu memburukan pihak lain bagi meraih simpati termasuklah memburukkan pihak ADUN, Namun pihak kami tidak pasti apakah itu kenyaataan beliau namun kami menjawap apa yang tertulis", tambah kenyataan tersebut.
Apapun pejabat ADUN Tanjung Lumpur mengucapkan terima kasih kepada semua penderma-penderma yang telah membantu beliau yang merupakan penduduk di DUN Tanjung Lumpur. Pihak terbabit juga berharap selepas ini semua pihak mesti berhati-hati, samada beliau dan wartawan yang menulis agar apa yang di tulis itu biarlah pekara yang sebenar.
"Jangan meraih simpati dengan memburukkan orang lain kerana apa jua yang kita tulis, ianya juga secara automatik tertulis didalam buku suratan amal yang akan dibicarakan di Akhirat nanti. Semoga kita semua di berikan hidayah dan petunjukNya agar sentiasa berada diatas jalan kebenaran," kata kenyataan itu lagi.
Apa yang menjadi isu yang dipersoalkan ialah, kenyataan luahan hati yang ditulis oleh admin page Ebit Lew tanpa mendapatkan pandangan daripada pihak yang sepatutnya. Ini samalah dengan kes di Kedah yang menjadi kecoh sebelum ini.
Orang ramai tidak kisah untuk hulurkan bantuan, tetapi mungkin tidak perlu petik atau menyalahkan pihak lain dengan tulisan yang membuatkan pembaca jadi terlalu sedih dan hiba.
Walhal hakikatnya keluarga terbabit sememangnya telah mendapat bantuan cuma gara-gara mahukan bantuan lain semasa PKP daripada Ebit Lew, maka sanggup menafikan sumbangan pihak lain. Gara-gara mendengar satu pihak, ia akhirnya boleh mengundang fitnah sebenarnya.
Tiada ulasan: