Hukuman sangat keras perlu dilaksana untuk pemandu dalam keadaan mabuk
![]() |
"Orang lain yang mabuk, orang lain yang terbunuh". Ramai pihak mencadangkan supaya hukuman mati dijalankan untuk pemandu mabuk yang menyebabkan kematian pemandu lain yang tidak bersalah. |
An SUV driver is on the wrong lane and driving against traffic in Kuantan last night. What happened after that was a head on collision causing the death of the other driver - vidpubdom #dontdrinkndrive pic.twitter.com/vjoExttoYh— Kuala Lumpur Reporter (@KL_Reporter) May 26, 2020
Ketua Polis Daerah Kuantan, ACP Mohamad Noor Yusof Ali berkata, polis menerima maklumat dari orang awam mengenai seorang mangsa yang dipercayai dilanggar oleh seorang pemandu yang di bawah pengaruh alkohol serta memandu melawan arus pada kira-kira jam 9.38 malam.
Menurutnya, kejadian berlaku apabila pemandu kereta jenis Toyota CHR yang datang dari arah Semambu itu telah memasuki jalan menghala ke pelabuhan secara melawan arus.
Ia turut dipandu secara merbahaya dan telah mengakibat beberapa kenderaan lain mengalami kemalangan kerana mengelak dari bertembung, katanya.
Mayat mangsa dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) untuk bedah siasat manakala suspek yang cedera di bahagian kaki turut dihantar ke hospital yang sama bagi menerima rawatan lanjut.
Polis telah menahan suspek untuk direman.
Kes disiasat mengikut Seksyen 44 Akta Pengangkutan Jalan 1987 atas kesalahan memandu dalam pengaruh alkohol sehingga menyebabkan kematian.
Tiada ulasan: