PKP dilanjut lagi dua minggu hingga 28 April - PM - Kuantan City Portal - Laman Komuniti Warga Kuantan

PKP dilanjut lagi dua minggu hingga 28 April - PM



Perdana Menteri Muhyiddin Yassin mengumumkan perintah kawalan pergerakan (PKP) akan disambung lagi dua minggu sehingga 28 April.

Keputusan itu dibuat susulan maklum balas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bagi membendung wabak Covid-19.

PKP bermula pada 18 Mac untuk meratakan keluk jangkitan Covid-19 dan disambung sehingga 14 April.

Beberapa kawasan diletakkan bawah perintah kawalan pergerakan diperketatkan (PKPD) selepas merekodkan angka kes yang tinggi.

Beberapa sektor ekonomi akan dibenarkan beroperasi secara berperingkat. Senarai sektor yang terlibat akan diumumkan oleh kerajaan dalam masa terdekat.







blog counter views

Tiada ulasan: