COVID-19: Dua sub kluster dikenalpasti di Kuantan

Kuantan - Sebanyak dua sub kluster saling berkaitan dikenalpasti di Kuantan. Kluster Individu Bawah Siasatan, PUI Bali di Kuantan merupakan satu kluster terdiri daripada pesakit dan beberapa anggota kesihatan dari sebuah perubatan di daerah tersebut.
Sehingga hari ini, 20 orang telah dikenalpasti terlibat di dalam kluster berkenaan. Daripada jumlah itu, 14 orang sedang dirawat di wad Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA), Pahang, dua orang telah sembuh, tiga dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU).
Manakala seorang telah meninggal dunia iaitu kes ke seribu 575. Daripada keseluruhan jumlah tersebut, terdapat tiga anggota kesihatan terlibat dalam kluster ini.
Beliau menasihatkan orang ramai turut memainkan peranan bagi menamatkan penularan Covid-19 termasuk mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan, PKP.
Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Mohamad Noor Yusof Ali, berkata sebaliknya polis mempertingkat dan memperkasakan aktiviti penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di kawasan berkenaan berikutan Kuantan kini berada dalam zon merah.
Katanya, tujuh kawasan terbabit ialah Taman Mahkota Aman, Taman Mahkota Permai atau Taman Mahkota, Taman Indera Sempurna, Taman Sri Inderapura, Taman Pandan Perdana, Indera Mahkota 2 dan FELDA Bukit Goh.
“Sehubungan itu, tujuh kawasan ini akan dipantau sepanjang tempoh 24 jam oleh agensi penguat kuasa termasuk Polis Diraja Malaysia, Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) dan pihak berkuasa tempatan (PBT).
“Penduduk kawasan terbabit dinasihatkan supaya mengelak dari keluar rumah kerana penguat kuasa hanya membenarkan individu yang wajib keluar sahaja atas sebab keperluan.
“Setiap laluan kecil di tujuh kawasan itu ditutup dan hanya laluan utama sahaja dibuka dan dikawal secara ketat,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.
Mohamad Noor berkata, sekiranya penduduk di kawasan terbabit memerlukan bantuan atau berdepan situasi kecemasan boleh menghubungi Bilik Gerakan PDRM di talian 09-5652090.
Katanya, masyarakat di kawasan berkenaan juga boleh memohon bantuan dan menyalurkan aduan kepada penguat kuasa yang mengawal kawasan perumahan mereka.
“Sepanjang tempoh PKP ini, orang ramai tidak perlu panik dan diharap mematuhi arahan pihak berkuasa.
“Bagaimanapun, PDRM tidak berkompromi dan akan menahan individu dari tujuh kawasan terbabit yang didapati keluar rumah tanpa alasan kukuh. “Setakat ini, seramai 106 individu ditahan di daerah ini,” katanya.
Tiada ulasan: