UTC, pasar malam dan pasar tani di sekitar Kuantan di tutup hingga 31 Mac - Kuantan City Portal - Laman Komuniti Warga Kuantan

UTC, pasar malam dan pasar tani di sekitar Kuantan di tutup hingga 31 Mac



Kuantan - Semua pasar malam dan pasar tani di daerah ini ditutup mulai esok sehingga 31 Mac ini berikutan pengumuman perintah kawalan pergerakan oleh Perdana Menteri, YAB. Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin malam tadi.

Ketua Seksyen Perhubungan Awam dan Korporat Majlis Perbandaran Kuantan (MPK), Puan Norkamawati Kamal berkata, sebanyak 49 pasar malam dan pasar lambak dan tujuh pasar tani ditutup berikutan penularan wabak COVID-19. 

“Selain itu, turut ditutup adalah 37 pusat jaja. Oleh itu, orang ramai yang ingin mendapatkan barang keperluan boleh berbuat demikian di pasar raya atau kedai runcit yang dibuka seperti biasa,” katanya.




Dalam pada itu, beliau berkata, Pusat Transformasi Bandar (UTC) Pahang di sini turut ditutup bermula esok hingga 31 Mac ini. 

“Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut, boleh menghubungi Seksyen Perhubungan Awam dan Korporat melalui talian 09-512 1555 atau melayari laman sesawang MPK iaitu www.mpk.gov.my,” katanya.


blog counter views

Tiada ulasan: