Pencuri sumbat 3 ekor lembu dalam Honda Odyssey

Kuantan - Cubaan mencuri tiga ekor lembu yang disumbat dalam sebuah kereta jenis Honda Odyssey gagal selepas dipercayai satu daripada tayar kenderaan itu pancit menyebabkan ia ditinggalkan berhampiran sebuah kilang kelapa sawit di Chini, Pekan dekat sini.
Ketua Polis Daerah Pekan, Supt Mohd Razli Mohd Yusof berkata pemeriksaan terhadap kereta berwarna hitam itu pada 8.00 ini, menemukan tiga ekor lembu berhimpit di bahagian tempat duduk penumpang belakang kenderaan tersebut.
Mohd Razli berkata kenderaan itu ditarik ke Ibu Pejabat Polis Daerah Pekan untuk siasatan lanjut.
Tiada ulasan: