FUN RUN sempena Festival Pahang 2020

Kuantan - Dato' Sri Haji Mohd Johari Bin Haji Hussain, Pengerusi Jawatankuasa Sumber Manusia, Belia ,Sukan dan Badan-Badan Bukan Kerajaan Negeri Pahang hari ini mempengerusikan Mesyuarat Penyelarasan Larian (Fun Run) sempena Forum Pelaburan Dan Festival Pahang 2020 Negeri Pahang.
Mesyuarat ini membincangkan penyelarasan tugas bagi melaksanakan acara Fun Run. Dengan adanya kerjasama yang cemerlang daripada agensi-agensi, NGO-NGO yang hadir dapatlah merialisasikan acara ini dengan efektif dan efesien.
Beliau juga merakamkan terima kasih kepada semua pihak yang hadir ke mesyuarat dan memberi sumbangan idea-idea yang bernas.
Festival Pahang 2020 (FPFP2020) yang akan diadakan dari 9hb - 12hb April 2020 ini di PWTC Kuala Lumpur dilihat dapat menjana ekonomi serta medan untuk mempromosikan Negeri Pahang.
Alhamdulillah, pada 2019 lalu, Forum Pelaburan Pahang yang diadakan di Singapura telah dihadiri 83 syarikat Singapura dan 23 syarikat multinasional yang berpangkalan di republik itu dan Kerajaan Negeri Pahang telah berjaya memperolehi pelaburan berjumlah RM1.134 bilion.
Hari ini saya turut mengadakan perbincangan FPFP2020 bersama Bahagian Teknologi Maklumat Kerajaan Pahang yang diketuai oleh Setiausaha Bahagian, YH Dato' Shuhairi Abd Ghani di pejabat saya, Wisma Sri Pahang. Hadir sama, Setiausaha Politik kepada YAB Menteri Besar Pahang, YH Dato' Tajul Razi Bin Abdul Aziz.
Semoga Kerajaan Negeri Pahang dibawah pimpinan YAB Menteri Besar Pahang, Dato Sri Haji Wan Rosdy Bin Wan Ismail akan terus berjaya membawa kemajuan yang gemilang dan FPFP2020 ini nanti juga akan membawa lebih banyak pelaburan baru ke negeri ini.
Dengan adanya pelaburan-pelaburan baru itu, ianya dapat membuka lebih banyak peluang pekerjaan, meningkatkan ekonomi negeri Pahang dan kerajaan Negeri juga dapat terus membela serta membantu rakyat. InsyaAllah. Sama-sama kita doakan.
Tiada ulasan: