Amalan makan mujarab bekas pesakit kanser tahap 4, Ustaz Hanafiah - Kuantan City Portal - Laman Komuniti Warga Kuantan

Amalan makan mujarab bekas pesakit kanser tahap 4, Ustaz Hanafiah


Hampir tiga tahun lalu Ustaz Hanafiah Abdul Malek mengidap kanser limfoma tahap 4 namun siapa sangka hari ini dia semakin sihat atas izin Allah SWT.

Pengalaman berdepan dengan kanser itu juga membolehkan dia berkongsi rawatan yang diamalkan. Terbaru dia berkongsi salad yang diamalkan sehingga hari ini selepas rawatan kanser.

Namun ujarnya salad yang diamalkan ini tak boleh dimakan sewaktu pesakit masih menjalani rawatan kerana mereka perlu mengelak dari makan makanan mentah. Bagaimanapun resipi salad kurma ini boleh dimakan selepas rawatan kemoterapi.

Bahan-bahan:
Daun salad
2 biji telur – dipotong
Tomato – dipotong
Buah kurma – dicarik-carik
Lemon.

Cara membuat:
1. Gaulkan salad tomato, telur dan buah kurma. Kemudian tambah perahan lemon. Boleh juga tambah dengan jus delima.
2. Gaul hingga rata dan boleh dimakan setiap hari.
TIP Elakkan mencampurkan salad dengan gula kerana gula adalan makanan sel kanser.

Sumber: Resipi Salad Kurma utk pesakit kanser. Dan sedikit motivasi juga doa

Tip pemakanan untuk pesakit kanser oleh Ustaz Hanafiah melalui satu sesi ceramah yang dihadiri dengan Dr Yasmeen Farouk Mohamed beliau berkongsi tip pemakanan untuk pesakit kanser. Antaranya seperti berikut:
  • Pagi kena sarapan, jika tidak asid akan naik dalam perut dan ia akan menyebabkan toksik. 
  • Minum kopi sebelum makan sebab ia bantu mengenyangkan. Sekiranya diambil lepas makan, semua khasiat sudah tidak ada lagi.
  • Minum kopi awal pagi, jangan minum waktu malam. 
  • Makan buah sebelum makan. Jika makan buah selepas makan, ia akan menutup salur darah dan boleh menyebabkan tersumbat. 
  • Bagi mengelak risiko kanser disarankan pada waktu pagi amalkan minum air seperti lemon atau epal yang masam supaya dapat menukar asid menjadi alkali. 
  • Amalkan juga selepas makan minum satu gelas air lemon. 
  • Ketika memasak bawang putih jangan dimasukkan dalam pengisar atau blender kerana khasiatnya akan hilang, hanya perlu ketuk untuk pecahkannya. 
  • Nasi lemak bagus tapi pastikan ambil yang asas saja, tak digalakkan ditambah dengan lauk sotong atau kerang. 
  • Jangan beri anak makan mi atau makanan segera ia antara penyebab kanser.
  • Cara masakan kena mudah, ikan misalnya jangan goreng sehingga garing kerana khasiatnya akan hilang, elok distim atau gril saja. 
  • Sayur lebih elok direbus tapi jangan sampai lembik untuk kekalkan kandungan zatnya. 
  • Kunyit muda boleh diratah, kerana ia mengandungi bahan anti keradangan dan mematikan ketumbuhan. 
  • Ikan pilih yang kecil seperti ikan sardin, tamban, kembung. Ikan kecil tidak menarik merkuri sebagaimana ikan bersaiz besar. 


blog counter views

Tiada ulasan: