Lemang To'ki tarikan terbaharu di Serambi Teruntum - Kuantan City Portal - Laman Komuniti Warga Kuantan

Lemang To'ki tarikan terbaharu di Serambi Teruntum


Kuantan - Pengusaha Restoran Lemang To'ki, Mazlan Ramli berkata, pihaknya sangat berbesar hati kerana mendapat keyakinan banyak pihak termasuk MPK dan Tourism Pahang terhadap produk lemangnya.

"Kami sangat gembira untuk meluaskan cawangan Lemang To'ki di Serambi Teruntum ini dan berharap mendapat sokongan daripada orang ramai.

Agensi pelancongan di negeri ini disaran membawa pelancong berkunjung di Kompleks Serambi Teruntum bagi membantu usaha kerajaan negeri mempromosikan produk industri kecil dan sederhana yang dijual di situ.

Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kuantan, Datuk Hamdan Hussin berkata, produk di Serambi Teruntum mempunyai identiti tersendiri dan selain menampilkan makanan tradisi negara.

Menurutnya, kerajaan negeri melalui kerjasama MPK dan dan Pejabat Pelancongan Pahang menyambut baik idea mempromosikan Serambi Teruntum dengan meletakkan makanan popular di negeri ini termasuk lemang To'ki yang terkenal di Bentong.

Lemang To'ki di Bentong merupakan tarikan popular orang ramai untuk singgah menikmati pelbagai juadah terutamanya lemang

"Kita berharap produk makanan tempatan menjadi tarikan pelanggan khususnya pelancong. Kalau boleh masukkan ke dalam pakej mereka bagi membantu usahawan dan peniaga kecil ini," katanya ketika ditemui selepas merasmikan cawangan ketiga Lemang To'ki di Serambi Teruntum di sini semalam.

Hadir sama bekas Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob dan Pengurus Besar Pelancongan Pahang, Datuk Ishak Mokhtar.

Sementara itu, Ishak berkata, Lemang To'ki adalah ikon makanan tradisional yang terkenal di negeri ini serta mampu menjadi daya tarikan kepada pelancongan yang berkunjung ke daerah Kuantan.

"Saya percaya Lemang To'ki ini akan menambah nilai tarikan Serambi Teruntum," katanya.


blog counter views

Tiada ulasan: