'Kebajikan Ummah' - YB Fuziah bincang visi YAPEIM 2020
Kuala Lumpur - Pada 8 Januari 2020 bermula jam 10 pagi telah berlangsung program Morning Coffee Session bersama Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang juga merupakan Ahli Parlimen Kuantan, YB Puan Hajjah Fuziah Salleh anjuran Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM).
Pada acara tersebut YB Fuziah telah menyampaikan amanat tahun baharu dan perbincangan berkenaan arah dan halatuju YaPEIM. Acara yang berlangsung di ibu pejabat YaPEIM KL itu turut dihadiri oleh 350 kakitangan YaPEIM.
YB Fuziah telah berkongsi pengalaman beliau, visi dan misi untuk tahun 2020. Beliau berkata semua pihak harus fokus kepada pemerkasan YaPEIM untuk membangunkan ummah. Membantu kerajaan mengeluarkan asnaf dari kelompok asnaf (taglinenya “daripada asnaf menjadi pembayar zakat”).

Pada majlis yang sama, YB juga membuat penyerahan foodbank kepada kakitangan YaPEIM. Selain itu antara initiatif majlis ini ialah menyahut seruan kerajaan untuk mengurangkan penggunaan plastik. Melalui penyerahan bekas makanan dan bekas air yang akan diulang guna pada majlis-majlis yang lain.
Antara beberapa intipati perkongsian YB di majlis ini ialah YaPEIM berkhidmat untuk ummah. #IngatKebajikanIngatYaPEIM merupakan hashtag digunakan untuk kempen ini.
YB juga berkongsi kisah sejarah hidup beliau daripada zaman susah sehingga menjadi Timbalan Menteri. Dalam majlis tersebut, YB menyampaikan antara kisah hasil bantuan YaPEIM iaitu seorang pelajar UIA, Bella yang ayahnya jatuh sakit lalu punca mata pencarian keluarganya hilang.


Berikut merupakan perkongsian dari Whatsapp Bella kepada YB bagaimana sumbangan YaPEIM menyentuh kehidupan mereka:
Salam YB I'm sorry to text you late but I hope you are good. I came back from office to see the youngest writing a letter I asked her what are you doing she replied i'm writing a letter to the aunty who bought me bag I was in shock for some time as she quickly came to me with a pen and asked do you know kakak where to send this letter i'm going to include unicorns and colourful confettis. I usually have conversations with them before I sleep but today it was different because I was asking all of them what they aspire to become the last one after awhile said I dont have an ambition yet kakak but I want to make sure I help people ❤ Thanks YB really
Tiada ulasan: