TPM melawat persiapan banjir di Kuantan - Kuantan City Portal - Laman Komuniti Warga Kuantan

TPM melawat persiapan banjir di Kuantan


Kuantan - Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mengajak rakyat mengubah mentaliti termasuk sikap dan rasa tanggungjawab masyarakat menjaga kebersihan dapat membantu mengurangkan risiko berlakunya banjir kilat.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata, banjir kilat bukan sahaja disebabkan kelemahan dari segi penyelenggaraan sistem perparitan dan saliran.


Ia juga boleh berlaku akibat sikap segelintir masyarakat yang tidak menjaga kebersihan sehingga menyebabkan parit dan sistem saliran tersumbat, selain menjadi tempat pengumpulan sampah.

Beliau bercakap dalam sidang media selepas meninjau persediaan menghadapi Monsun Timur Laut Pahang 2019/2020 di Depoh Simpanan Keperluan Bencana, Kompleks Penyayang di Kuantan, Pahang. Turut bersama ialah Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Fuziah Salleh yang juga Ahli Parlimen Kuantan.

Tiada ulasan: