Lelaki ditahan pembunuhan di Tasik Paya Bungor - Kuantan City Portal - Laman Komuniti Warga Kuantan

Lelaki ditahan pembunuhan di Tasik Paya Bungor


Kuantan - Seorang lelaki ditahan reman bagi siasatan kes pembunuhan seorang lelaki yang mayatnya ditemui terapung di Tasik Paya Bungor, Jalan Kuantan-Maran, Ahad lalu.

Ketua Polis Pahang, Datuk Abd Jalil Hassan berkata, suspek berusia 23 tahun itu merupakan kawan mangsa, ditahan polis pada hari sama mayat ditemui orang awam.


Setakat ini, motif pembunuhan masih belum dapat dikenalpasti dan siasatan masih dilakukan polis.

Proses bedah siasat selepas dibuat pada Selasa dan laporan kimia dikeluarkan makmal forensik Hospital Tengku Ampuan Afzan.

Suspek ditahan reman selama seminggu sejak Ahad bagi siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Mayat mangsa dikenali sebagai A. Raju berusia 39 tahun berasal dari Kampung Seri Jaya disahkan ahli keluarganya. 


Mangsa bekerja sebagai mekanik sambilan ditemukan terapung dengan kaki dan tangan diikat.

Mendiang dipercayai dibunuh di lokasi lain dan mayatnya dibuang ke dalam tasik.

Polis percaya terdapat unsur jenayah di dalam kes berkenaan dan sedang mengesan individu lain yang mungkin terlibat.

Tiada ulasan: