60 ekor kucing peliharaan Fiqry diracun, 17 mati akibat perbuatan khianat - Kuantan City Portal - Laman Komuniti Warga Kuantan

60 ekor kucing peliharaan Fiqry diracun, 17 mati akibat perbuatan khianat


Kuantan - 17 ekor kucing mati bergelimpangan diracun secara kejam. Itulah nasib kucing-kucing gelandangan peliharaan Muhammad Nur Fiqry Zahari yang mati dalam kawasan rumah sendiri di Lorong Seri Kuantan, Kuantan Pahang, Malaysia akibat perbuatan khianat manusia yang tidak menyukai kucing.

Apalah sangat dosa kucing-kucing tersebut pada orang yang meracun mereka sampai mati. Ketika kejadian Nur Fiqry tiada di rumah. Pembunuh kejam mencampakkan kepala ayam mentah yang telah dilumur racun untuk membunuh 60 ekor kucing peliharaan Nur Fiqry. Bagaimana pun hanya 17 ekor kucing yang malang terkena kesan racun sehingga menyebabkan kematian.

Tragedy sadis dan tragis ini tidak boleh didiamkan dan diharapkan Nur Fiqry membuat laporan polis serta aduan bertulis kepada Jabatan Perkhidmatan Veterinar Malaysia untuk siasatan teliti dan menjejak pelaku sampai dihukum. Inilah masanya Akta Kebajikan Haiwan 2015 digunapakai secara menyeluruh untuk membolehkan hukuman untuk pelaku dapat dilaksanakan secara total.

Semoga Nur Fiqry terus tabah dan kuat semangat. Inilah dugaan dan kesusahan menjadi rescuer haiwan gelandangan.




Kepada pelaku yang masih bebas. Tidakkah anda boleh tidur dengan tenang setelah menzalimi dan menganiaya hingga mati makhluk lemah dan memerlukan perlindungan?

Perkongsian itu kini tular di media sosial dan rata-rata netizen mengecam tindakan pelaku yang zalim dan tergamak melakukan perkara tersebut.

Tulis seorang netizen, "Kepada pelaku, kau tunggu azab Allah. Kau takkan terlepas dunia dan akhirat. Macam mana azab kucing tu tak nak mati begitulah kau pun nanti dan masa itu mungkin dengan kuasa Allah akan terbayang kembali saat mengazab kucing-kucing itu."

"Memang ada manusia yang zalim serta kejam hingga menyeksa binatang peliharaan. Kucing saya dikuncikan oleh seseorang selama empat hari dengan tidak memberikan makanan dan minuman. Kucing saya sempat balik rumah selepas empat hari namun mati di kemudian hari," kata seorang lagi netizen di Facebook.

Tiada ulasan: