Mayat bayi baru lahir dibuang di tandas Terminal Sentral Kuantan - Kuantan City Portal - Laman Komuniti Warga Kuantan

Mayat bayi baru lahir dibuang di tandas Terminal Sentral Kuantan


Kuantan - Mayat seorang bayi lelaki ditemui dalam mangkuk tandas wanita di Tarminal Sentral Kuantan, Kuantan, Pahang jam 9:50 pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Mohamad Noor Yusof Ali, berkata hasil pemeriksaan kamera litar tertutup (CCTV), di terminal bas terbabit dipercayai dilahir dan dibuang antara jam 5.58 pagi dan 6.30 pagi tadi.

Ia berdasarkan rakaman CCTV, seorang wanita memasuki tandas awam terbabit dengan membawa sebuah beg pada waktu itu.

Hasil siasatan, mayat terbabit ditemui orang awam yang menggunakan tandas terbabit pagi tadi dan mendapati mangkuk tandas tersumbat dan dipenuhi darah.

Hasil pemeriksaan, mayat bayi masih bertali pusat dan uri.

Siasatan awal polis mendapati mayat bayi terbabit cukup sifat tetapi dipercayai dilahirkan tidak cukup bulan.

Mayat bayi terbabit dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) kuantan untuk dibedah siasat.

Polis kini sedang mengesan wanita yang dipercayai melahir dan membuang mayat bayi terbabit.
Kes disiasat mengikut seksyen 318 kanun keseksaan kerana menyembunyi kelahiran dengan membuang mayat secara sulit.

Tiada ulasan: