Pahang destinasi pelancongan paling popular di Malaysia
![]() |
Menara Teruntum bakal menjadi tarikan pelancong baru di bandar Kuantan. |
Dengan kehadiran tinggi ke Cameron Highlands, menjadikan Pahang negeri paling ramai dikunjungi iaitu 9.2 juta pelancong diikuti Johor (7.8 juta); Perak (7.6 juta); Selangor (6.8 juta) dan Negeri Sembilan (6.1 juta).
Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Datuk Mohamaddin Ketapi berkata perbelanjaan pelancong domestik juga meningkat tahun lepas iaitu sebanyak RM60.4 bilion berbanding RM54.1 bilion pada 2017.
"Purata perbelanjaan per kapita juga meningkat sebanyak 0.7 peratus kepada RM772 pada 2018 berbanding RM767 pada 2017," katanya pada sidang media untuk mengumumkan prestasi pelancongan domestik 2018 di sini hari ini.
Mohamaddin berkata purata bilangan hari menginap bagi seorang pelancong pada 2018 ialah 2.44 malam berbanding 2.35 malam tahun sebelumnya.
"Pelancong domestik lebih memilih penginapan tidak berbayar yang disediakan saudara-mara dan rakan sebagai pilihan penginapan utama iaitu sebanyak 68.2 peratus,” katanya, sambil menambah pilihan penginapan melibatkan hotel adalah sebanyak 20.4 peratus, manakala chalet (2.3 peratus) dan rumah rehat (1.7 peratus).
Sementara itu, aktiviti membeli-belah mencatat peratusan tertinggi daripada keseluruhan perbelanjaan pada 2018 iaitu 26.8 peratus, diikuti perbelanjaan bahan api kenderaan (15.4 peratus); makanan dan minuman (13.9 peratus); perbelanjaan oleh isi rumah yang dilawati (13.7 peratus) serta perbelanjaan penginapan dan pengangkutan, masing-masing 13 peratus dan 8.4 peratus, katanya.
Dengan kehadiran tinggi ke Cameron Highlands, menjadikan Pahang negeri paling ramai dikunjungi iaitu 9.2 juta pelancong diikuti Johor (7.8 juta); Perak (7.6 juta); Selangor (6.8 juta) dan Negeri Sembilan (6.1 juta), katanya.
Mohamaddin berkata pertumbuhan pelancongan domestik yang memberangsangkan tahun ini dijangka berterusan tahun depan berikutan langkah dan kempen proaktif yang diambil dalam mempromosikan Tahun Melawat Malaysia 2020.
Dalam pada itu, Mohamaddin berkata insiden remaja warga negara Ireland Nora Anne Quoirin yang ditemui mati pada Selasa selepas hilang dari bilik penginapannya di sebuah resort di Negeri Sembilan pada 3 Ogos lalu tidak akan mempengaruhi kedatangan pelancong asing ke Malaysia.
"Semua negara sentiasa mementingkan aspek keselamatan pelancong tetapi perlu diingat bahawa kemalangan boleh berlaku di mana sahaja," katanya.
Tiada ulasan: