UMP komited bantu anak Orang Asli belajar

Kuantan - Universiti Malaysia Pahang (UMP) menyediakan tempat bagi anak masyarakat Orang Asli yang layak melanjutkan pengajian di peringkat diploma dan ijazah sarjana muda di institusi pengajian tinggi (IPT) berkenaan.
Naib Canselornya, Profesor Dr Wan Azhar Wan Yusoff, berkata perkara itu turut mendapat sokongan Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Pahang dan Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA).
“Golongan ini akan digilap potensi akademiknya dan seterusnya diberikan peluang pendidikan sewajarnya, sama seperti anak daripada masyarakat kaum lain di negara ini,” katanya dalam satu kenyataan media di sini, hari ini.
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) bersama UMP, Jabatan Pendidikan Tinggi (JPT), JAKOA dan JPN Pahang menganjurkan Program Sentuhan [email protected] 2019 Bersama Masyarakat Orang Asli di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Lepar di sini, dekat sini, hujung minggu lalu.
Program itu adalah penjelajahan kali kelima KPM bersama JAKOA bagi menjalinkan komunikasi lebih akrab dengan pemimpin masyarakat dan anak-anak Orang Asli.
Beliau berkata, KPM melalui penyelarasan Bahagian Kemasukan Pelajar institusi pengajian tinggi awam (IPTA) atau UPU menyediakan laluan khas dalam kemasukan ke IPTA untuk beberapa golongan antaranya anak-anak Orang Asli, Orang Kurang Upaya, Atlet dan anak-anak kumpulan berpendapatan B40.
Tiada ulasan: