Dua lelaki dipercayai merogol adik mereka sehingga melahirkan seorang bayi perempuan - Kuantan City Portal - Laman Komuniti Warga Kuantan

Dua lelaki dipercayai merogol adik mereka sehingga melahirkan seorang bayi perempuan



Kuantan - Dua lelaki dipercayai merogol adik mereka sehingga melahirkan seorang bayi perempuan dalam kejadian di Kuantan, Pahang dan daerah ini.

Tindakan dua suspek masing-masing berusia 17 dan 19 tahun itu terbongkar selepas remaja perempuan berusia 13 tahun itu mengadu sakit perut dan dibawa ke Hospital Kemaman untuk pemeriksaan kira-kira jam 9.30 malam pada Ahad lalu.

Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintendan Mohd Said Ibrahim, berkata pemeriksaan lanjut mendapati mangsa hamil 36 minggu dan selamat melahirkan bayi perempuan pada hari yang sama.

Beliau berkata, daripada soal siasat, mangsa yang tidak bersekolah memaklumkan dirogol dua abangnya bermula akhir 2017 ketika mereka menetap di Kuantan.

“Siasatan mendapati mangsa dan keluarganya berpindah ke daerah ini pada Ogos tahun lalu dan perbuatan sama berterusan sehingga mangsa mengandung Mei lalu.

“Susulan itu, laporan dibuat di Balai Polis Chukai kelmarin (Isnin). Dua suspek ditahan dan direman untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 376B Kanun Keseksaan kerana sumbang mahram,” katanya

Tiada ulasan: