Op Bantu: APM tangani 323 kes - Kuantan City Portal - Laman Komuniti Warga Kuantan

Op Bantu: APM tangani 323 kes




Kuantan - Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) menangani sebanyak 323 kes dalam Op Bantu sempena musim perayaan Aidilfitri baru-baru ini.

Ketua Pesuruhjaya APM, Datuk Roslan Wahab berkata, seramai 3,500 anggota ditugaskan dalam operasi berkenaan di seluruh negara yang dijalankan dua hari sebelum dan selepas sambutan Aidilfitri.

Katanya, semua anggota terlibat membantu pengguna di Jalan Persekutuan dan negeri dalam kes-kes kecemasan termasuk kemalangan dan kerosakan kenderaan dengan perkhidmatan 16 jam sehari.

“Perkhidmatan ini nampak kecil tetapi kesannya dapat membantu pengguna jalan raya termasuk mereka yang dalam perjalanan pulang ke kampung untuk menyambut Aidilfitri,” katanya dalam sidang akhbar pada majlis perjumpaan dengan warga APM negeri di pejabat APM di sini hari ini.

Yang hadir sama Pengarah APM negeri, Zainal Yusof.

Tiada ulasan: