Ambulans terbalik di persimpangan Kolej Widad Indera Mahkota - Kuantan City Portal - Laman Komuniti Warga Kuantan

Ambulans terbalik di persimpangan Kolej Widad Indera Mahkota


Kuantan - Sebuah ambulans Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) terbalik selepas dirempuh kenderaan utiliti sukan (SUV), Honda HR-V di Jalan Sultan Abdullah di persimpangan lampu isyarat dan jejambat berhampiran Kolej Universiti Widad, Indera Mahkota, Kuantan hari ini.

Dalam kejadian pukul 2 petang itu, ambulans dinaiki dua pembantu perubatan dan pemandu dalam perjalanan membawa seorang pesakit yang merupakan mangsa kemalangan di Petronas Sungai Lembing menuju ke HTAA.



Mangsa kejadian yang merupakan Pembantu Perubatan HTAA, Zulkaham Abdul Wahab berkata, ambulans dinaiki mereka dirempuh pada bahagian tengah oleh SUV itu.

Akibat rempuhan katanya, ambulan tersebut dikatakan berpusing sekali sebelum terbalik.

Orang ramai kemudian datang membantu dengan membuka pintu ambulans dan membawa semua mangsa keluar ke tepi jalan termasuk pesakit kemalangan.

Difahamkan, pemandu Honda HR-V yang merupakan seorang wanita dan anaknya tidak mengalami kecederaan dan dihantar menggunakan ambulans Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) untuk rawatan.

Tiada sebarang kemalangan jiwa dilaporkan dan bantuan penyelamat tiba selepas 10 minit kejadian.

Tiada ulasan: