Kenyataan media rasmi YB Fuziah berkenaan artikel Lynas - Kuantan City Portal - Laman Komuniti Warga Kuantan

Kenyataan media rasmi YB Fuziah berkenaan artikel Lynas


Kenyataan Media
Hajah Fuziah Salleh
Ahli Parlimen Kuantan
6 Mac 2019

Saya merujuk kepada berita muka depan hari ini 6 Mac 2019 di  akhbar NST bertajuk  ‘Lynas investments in R&D pays off’ yang merupakan satu laporan yang tidak bertanggung jawab serta didapati menyelewengkan fakta sebenar. Condisoil yang mengandungi sisa radioaktif WLP telah di laporkan didalam artikel tersebut sebagai satu kejayaan kajian yang boleh membawa kepada aplikasi komersial.

http://www.nst.com.my/news/nation/2019/03/466336/lynas-investment-rd-pays

Lynas harus terima hakikat bahawa YB Menteri MESTECC telah pun mengeluarkan kenyataan bahawa kajian melibatkan WLP yang merupakan sisa radioaktif dari kilang Lynas TIDAK  boleh di teruskan dan sisa WLP mesti di hantar pulang ke negara asal sebelum tempoh tamat lesen pengoperasian Lynas pada Sept 2019.

Sila rujuk:
https://www.mestecc.gov.my/web/wp-content/uploads/2018/12/4-DIS-2018-KEPUTUSAN-KEMENTERIAN-BERDASARKAN-LAPORAN-JAWATANKUASA-EKSEKUTIF-PENILAIAN-MENGENAI-OPERASI-LYNAS-ADVANCED-MATERIALS-PLANT-LAMP-DI-GEBENG-PAHANG.pdf

Manakala Jawatankuasa Eksekutif keatas Lynas pula menyarankan bahawa semua kajian mengenai pengkitaran semula residu NUF, TANPA melibatkan residu WLP boleh di teruskan. Oleh kerana condisoil mengandungi bahan WLP, maka ianya tidak boleh di teruskan samada dalam bentuk kajian atau potensi kegunaannya.

Lynas selama ini agak ketara tidak mahu bercakap berkenaan sisa radioaktif WLP dan mungkin mempercayai bahawa rakyat juga akan terus menerus mempercayai strategi komunikasi mereka yang tidak menyebut tentang WLP. Seolah2 sisa buangan radioaktif tersebut tidak wujud. Saya kira Lynas tidak harus membuang masa menggunakan strategi media ini. Sebaliknya harus menumpukan kepada usaha menghantar sisa radioaktif WLP ke negara asal Australia seperti yang telah di syaratkan oleh YB Menteri MESSTEC.

Warga Kuantan yang saya wakili mahu Lynas lebih bertanggungjawab dan tidak terus menerus mengelirukan rakyat dengan kenyataan menyeleweng begini.

Terima Kasih
Hajah Fuziah Salleh
Ahli Parlimen Kuantan

Tiada ulasan: