JAKIM terima 10,000 aduan berhubung hina Islam - YB Fuziah

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Fuziah Salleh berkata setiap aduan yang diterima akan diteliti dan ditapis rapi terlebih dahulu bagi menentukan kesahihannya, kerana ada juga aduan yang diterima melibatkan ‘akaun palsu’.
“Itulah yang akan kita tapis dan kita tengok secara teliti, tapi saya kira yang lebih merisaukan ialah jumlahnya yang begitu besar dan seolah-olah menjadi-jadi. Ini adalah satu perkara yang tidak sihat,” katanya kepada pemberita di sidang media pra pelancaran Majlis Tilawah dan Menghafaz Al-Quran Peringkat Kebangsaan (MTHQK) 2019 di sini, hari ini.
Tiada ulasan: