Pengganas perlu ditafsir dengan jelas - YB Fuziah - Kuantan City Portal - Laman Komuniti Warga Kuantan

Pengganas perlu ditafsir dengan jelas - YB Fuziah


Kuantan, 10 Feb - Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Fuziah Salleh mengakui ada keperluan istilah pengganas didefinisikan secara lebih jelas bagi mengelakkan ia terus disalah tafsir khususnya oleh masyarakat Barat yang sering mengaitkannya dengan agama Islam.

Katanya beliau percaya tafsiran yang jelas dapat membantu menangani pandangan serong masyarakat Barat terhadap agama dan masyarakat Islam khususnya.

"Pengganas ini ialah orang yang mengganas, menceroboh kawasan atau kepentingan orang lain seperti orang yang tidak mengiktiraf hak orang lain seperti di Palestin, dengan pencerobohan Israel,” katanya kepada pemberita, di sini hari ini.

Beliau mengulas cadangan Mufti Perlis Mufti Perlis Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin selaku panel pada Forum Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 (SOSMA) bertajuk 'Siapa Pengganas dan Potensi Salah Guna Kuasa' di Petaling Jaya, semalam.

Tiada ulasan: