Trak pikap tenggelam di Tanjung Lumpur

2 JAN: KUANTAN - Satu rakaman video memaparkan kenderaan pacuan empat roda yang terkandas dan tenggelam di Pantai Tanjung Lumpur, Kuantan tular di media sosial sejak petang tadi.
Menerusi video berdurasi 27 saat itu, sebuah kenderaan jenis Mitsubishi Triton dilihat hampir tenggelam sepenuhnya di pantai berkenaan.
Turut kelihatan beberapa anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) memberikan bantuan.
Sementara itu, Timbalan Pengarah JPBM Pahang, Mohd Sani Harul ketika dihubungi mengesahkan kejadian tersebut berlaku pada Isnin lalu dan bomba menerima laporan pada pukul 1:13 petang.
Menurutnya, seramai 10 anggota dan dua jentera ditugaskan ke tempat kejadian bagi melancarkan operasi mengeluarkan kenderaan berkenaan.
Bomba kemudian menggunakan wing kabel pada lori bomba untuk menarik kenderaan tersebut yang tersangkut di pantai itu.
Operasi tamat pada pukul 4:30 petang.
@bomba_malaysia
Tiada ulasan: