Tengku Abdullah bakal ditabal Sultan Pahang sekaligus menjadi Agong?
Kini berlangsung Mesyuarat Khas Jumaah Pangkuan Diraja Negeri Pahang, yang dipengerusikan DYMM Tengku Abdullah, yang turut dihadiri Kerabat Diraja, MB Pahang, exco kerajaan negeri, serta Orang Besar Berempat.
Sebelum ini media melaporkan Mesyuarat Khas itu berkemungkinan membincangkan perihal Tengku Abdullah menggantikan Ayahandanya Sultan Ahmad Shah sebagai Sultan Pahang yang baharu, sekali gus memberi laluan kepada Baginda untuk ditabalkan sebagai YDP Agong ke-XVI.

Turut kelihatan hadir pada majlis tersebut, bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, yang juga merupakan Yang Dihormat Orang Kaya Indera Syahbandar ke-11, gelaran untuk salah seorang dari Orang Besar Berempat Negeri Pahang.
Pada mesyuarat itu juga, DYMM Pemangku Sultan Pahang, Tengku Abdullah ibni Sultan Ahmad Shah selesai mengurniakan surat cara pelantikan kepada Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang yang baharu, Datuk Seri Dr Salehuddin Ishak hari ini.
Tiada ulasan: