Sultan Pahang santai di Indera Mahkota - Kuantan City Portal - Laman Komuniti Warga Kuantan

Sultan Pahang santai di Indera Mahkota


“Kalau sudah pun tercatit saya ke situ, ke situlah saya. Ada dalam surah Yasin ayat ke-82, kalau kita baca baru faham,” Demikian titah Sultan Pahang, Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah, ketika ditemui pemberita selepas solat Subuh di Kuantan, pagi tadi.

SULTAN Abdullah Sultan Ahmad Shah menunaikan solat subuh di Masjid Imam Ash Shafie Kota SAS, Kuantan iaitu rutinnya sebagai ahli kariah masjid terletak berhampiran kediamannya, Istana Abdulaziz.
Baginda yang dimasyhurkannya sebagai Sultan Pahang keenam berkuat kuasa semalam mengenakan jubah berwarna hijau dan kopiah putih.
Selesai solat subuh, Sultan Abdullah turut menyertai Talaqqi al-Quran bersama jemaah masjid itu.
Jemaah mengambil kesempatan bersalaman dan beramah mesra sambil mengucapkan tahniah kepada Sultan Abdullah di atas pemasyuhrannya sebagai Sultan Pahang.
Mereka turut melaungkan 'Daulat Tuanku' sebelum baginda meninggalkan masjid.
Baginda kemudiannya berkenan bersarapan di Restoran D'Wafi, Taman Mahkota Putra, Kuantan yang lazim dilawatinya selepas solat subuh.
Di restoran itu, Sultan Abdullah mengambil kesempatan untuk beramah mesra dengan orang ramai dan bertanya khabar.
Sementara itu, Imam Besar 1 Masjid Imam Ash-Shafie, Izalludin Mat Nor, 53, berkata sudah menjadi rutin buat Sultan Abdullah menunaikan solat subuh di masjid itu sejak ia dibuka.
“Memang tuanku biasa ke sini solat subuh berjemaah, kadang-kadang bersama Tengku Puan Pahang (Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah)... tuanku membaca dua muka surat al Quran selepas itu dan tarawih (pada Ramadan).
“Kami di Kota SAS rasa seronok dan saya sebut kepada tuanku yang kehadirannya menjadi sumber inspirasi kepada penduduk menyebabkan semakin ramai jemaah datang ke masjid untuk solat Subuh,” katanya.


Santai Dan Tanpa Protokol.

Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah yang umum ketahui mesra dengan rakyat singgah bersarapan bersama rakyat di sebuah restoran di 
Indera Mahkota, Kuantan, sebentar tadi.

Restoran terbabit antara lokasi tumpuan baginda untuk bersarapan selepas solat subuh berjemaah.

Turut mengiringi baginda ialah jemaah Masjid Al Imam Ash Shafie, pegawai dan kakitangan baginda.

Semalam, Sultan Abdullah diisytiharkan sebagai Sultan Pahang ke-VI menggantikan ayahanda baginda, Sultan Ahmad Shah kerana gering.

Pelantikan baginda berkuat kuasa serta merta dan Istiadat pemasyhuran Sultan Abdullah sebagai Sultan Pahang ke-VI ditetapkan 15 Januari ini dan majlis akan berlangsung di Istana Abu Bakar, Pekan.

Tiada ulasan: