Polis tumpas kes curi gajet, pecah rumah - Kuantan City Portal - Laman Komuniti Warga Kuantan

Polis tumpas kes curi gajet, pecah rumah


KUANTAN - Dalang kes curi peralatan elektronik seper komputer riba, telefon bimbit dan jam tangan yang akf sejak Jun tahun lalu, di sekitar Beserah dan Balok, di sini, akhirnya tumpas.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri, Ibu Pejabat Polis Konnjen Pahang (IPK) Senior Asisten Komisioner Datuk Othman Nanyan berkata, lelaki berusia 27 tahun ditahan, antara individu yang menjalankan kegiatan pecah rumah dengan mencuri gajet yang senang di bawa dan mudah dilupuskan.

Menurutnya, penahanan lelaki itu, mendorong kejayaan polis menahan 11 lagi suspek dipercayai terlibat dalam kes pecah rumah di kawasan terbabit. “Lelaki berusia 27 tahun adalah suspek utama, manakala 10 suspek lain merupakan pembeli dan penjual peralatan curi tersebut.

"Salah seorang daripada mereka adalah teman wanita suspek sendiri yang berndak sebagai orang tengah menjual barangan curi tersebut kepada pihak ketiga. "Polis dapat menahan semua suspek dan akhirnya berjaya selesaikan 20 kes curi di sekitar Balok dan Beserah sejak Jun hingga Disember 2018 lalu," katanya.

Beliau berkata demikian keka sidang akhbar di IPK hari ini. Dalam pada itu, katanya, pihak polis membuat tangkapan kesemua suspek pada 15 Disember hingga 31 Disember lalu.

"Suspek utama mempunyai rekod jenayah lampau yang terlibat dalam penagihan dadah dak mempunyai pekerjaan. "Antara barang kes yang telah rampas ialan 13 unit komputer riba, 22 unit telefon bimbit , satu tablet dan dua jam tangan yang dianggarkan bernilai RM45,000,"katanya.

Tiada ulasan: