Peruntukan RM89 juta untuk OKU dan asnaf di Pahang - Kuantan City Portal - Laman Komuniti Warga Kuantan

Peruntukan RM89 juta untuk OKU dan asnaf di Pahang


16 JAN: KUALA LIPIS - Sebanyak RM89 juta diperuntuk sebagai bantuan kepada keluarga asnaf dan Orang Kurang Upaya (OKU) bagi seluruh Pahang untuk tahun ini. 

Peruntukan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat itu disalurkan melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM). Menurut Timbalan Menterinya, Hannah Yeoh, peruntukkan itu telahpun diluluskan di parlimen. 

Sarawak dan Johor menerima jumlah bantuan paling tinggi dengan masing-masing negeri menerima RM157 juta, Sabah RM145 juta dan Kelantan RM135 juta. 

Hannah Yeoh ditemui media selepas melawat Pusat Transit di Klinik Kesihatan Betau, Kuala Lipis.

Tiada ulasan: