Kejam dan menjijikkan! Pekerja asing di MCKIP bunuh anjing & kucing untuk dimakan - Kuantan City Portal - Laman Komuniti Warga Kuantan

Kejam dan menjijikkan! Pekerja asing di MCKIP bunuh anjing & kucing untuk dimakan


Kuantan: Badan Bukan Kerajaan (NGO) New Future Generation Association menerusi Presidennya Fernandez Ganapathy menggesa Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani meminda undang-undang sedia ada supaya menjadikan suatu kesalahan jika mengambil haiwan yang lazimnya menjadi haiwan kesayangan di rumah terutamanya anjing dan kucing untuk dimakan.

Satu petisyen juga telah diadakan bagi mendesak Menterinya, Datuk Salahuddin Ayub membantu menghentikan kekejaman haiwan jenis itu di Malaysia.

Dalam laporan petisyen berkenaan, beberapa individu dikatakan telah bertindak menghubungi Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) bagi mengadu berkaitan hal demikian, bagaimanapun hampa apabila JPV tidak dapat mengambil tindakan apa-apa kerana tiada akta yang melarang perkara berkenaan.

“Sedih untuk mengetahui bahawa Akta Kebajikan Haiwan 2015 (yang terkini Akta 772, 30 (2) A) tidak melarang membunuh haiwan termasuk anjing atau kucing untuk kegunaan manusia," menurut mesej peribadi yang dijawab oleh JPV.

Baru-baru ini, satu video viral menunjukkan beberapa pekerja asing dari Alliance Steel Sdn Bhd, MCKIP di Kuantan dilihat membunuh anjing dan kemudian memasaknya untuk dimakan.

Berikutan video itu, syarikat berkenaan telah membuat permohonan maaf dan akan menjalankan siasatan dalaman ke atas pekerja asing tersebut.

Tiada ulasan: