Menurut sumber, penolong pengurus tersebut yang berusia 35 tahun ditahan pada pukul 7.30 malam manakala seorang lagi yang juga pengurus syarikat berusia 51 tahun ditahan pada pukul 3.50 petang.
“Kedua-duanya ditahan ketika hadir untuk memberi keterangan di pejabat SPRM Pahang.
“Mereka disyaki bersekongkol dengan beberapa individu yang telah direman sejak Jumaat lalu untuk memonopoli projek pembekalan air di Pahang,” katanya.
Tambah sumber, SPRM akan mendapatkan perintah reman terhadap kedua-dua suspek di Mahkamah Majistret Kuantan, Pahang pada esok untuk disiasat mengikut Seksyen 16 (b) (A) Akta SPRM 2009.