Ramalan hujan lebat di Pahang mulai esok - MET - Kuantan City Portal - Laman Komuniti Warga Kuantan

Ramalan hujan lebat di Pahang mulai esok - MET


KUALA LUMPUR, 10 Dis :  Hujan lebat dijangka berlaku di Kelantan, Terengganu dan Pahang selama tiga hari mulai esok (11 Dis).
Pusat Operasi Cuaca dan Geofizik Nasional, Jabatan Meteorologi Malaysia dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan amaran cuaca waspada itu dijangka berlaku di jajahan Tumpat, Kota Bharu, Bachok dan Pasir Puteh di Kelantan.
Kuantan, Pekan dan Rompin di Pahang juga diramal mengalami hujan lebat dalam tempoh sama.