Kuantan FA berhutang gaji pemain lebih RM1.6 juta 😱 - Kuantan City Portal - Laman Komuniti Warga Kuantan

Kuantan FA berhutang gaji pemain lebih RM1.6 juta 😱


Masalah tunggakan gaji terus membadai bola sepak negara kita.  Semalam, Jawatankuasa Tatatertib FAM dalam mesyuarat kali kesembilan bagi penggal 2017-2021 pada 6 Disember 2018 telah mengeluarkan kenyatan melibatkan perkara tersebut.

KSDBKL berhutang RM144,000
Kelab Sukan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (KSDBKL) ada 10 kesalahan melibatkan tunggakan gaji secara keseluruhannya berjumlah RM144,000. Tunggakan gaji setiap 10 pengadu di antara RM12,000-RM16,000.
DBSKL perlu menjelaskan kesemua tunggakan gaji dalam masa 60 hari. Dan kesalahan ini tidak boleh dirayu. Amaran keras diberikan agar tidak mengulangi kesalahan yang sama ataupun bakal berhadapan dengan hukuman lebih berat.

TFC perlu bayar Roshadi Wahab
Terengganu City FC pula diarahkan membayar tunggakan gaji sebanyak RM60,000.00 serta pampasan baki kontrak sebanyak RM120,000.00 kepada Roshadi Wahab. Mereka juga didenda RM1,500.00 oleh FAM kerana kesalahan ini.
Semua tunggakan harus dilangsaikan dalam masa 60 hari dan untuk denda haruslah diselesaikan dalam masa 14 hari. Kesalahan ini juga tidak boleh dirayu.

Persatuan Bolasepak Pulau Pinang (FAP) berdepan 8 tuntutan
FAP diarahkan membayar tunggakan gaji kepada 8 pengadu.  FAP perlu membayar tunggakan sebanyak RM377,000 dan denda sebanyak RM120,000. Jadi secara keseluranya FAP perlu membayar hampir setengah juta.
Berikut adalah senarai pemain yang menuntut gaji mereka daripada FAP:
1. Mafry Balang – RM76,000
2. Muhammad Rafiuddin Roddin – RM60,000
3. Muhamad Faizat Ghazali – RM48,00
4. 
Reuben Thayaparan Kathirupillai – RM40,000
5. Sani Anuar Kamsani – RM80,000
6. Muhammad Jafri Muhammad Firdaus Chew – RM28,000

7. Shazalee Ramlee – RM25,000
8. Syed Adney Syed Hussein – RM 20,000
Setiap kesalahan didenda sebanyak RM1,500.00 dan perlu diselesaikan dalam 14 hari waktu bekerja. Manakala tunggakan gaji harus dibayar dalam tempoh 60 hari dari tarikh penerimaan keputusan ini. Amaran keras diberikan dan hukuman yang lebih berat akan dikenakan jika gagal atau enggan mematuhi tempoh yang diberikan. Keputusan ini tidak boleh dirayu.

Kuantan FA paling kritikal

Persatuan Bolasepak Daerah Kuantan – Kuantan FA berhadapan dengan isu tunggakan gaji yang sangat kritikal. Terdapat 44 tuntutan serta denda. Tuntutan terbesar kali ini adalah melibatkan Rancho Da Silva dan ‘coach’ Ismail Zakaria yang masing masing RM118,352 dan RM100,000.
Abdul Malik Mat Arif juga masih belum mendapat sejumlah RM70,000 daripada gaji beliau di Kuantan FA.

Persatuan Bolasepak Daerah Kuantan – Kuantan FA kini perlu melangsaikan tunggakan gaji lebih daripada RM1.6 juta melibatkan 45 tuntutan. Mereka juga perlu membayar denda RM67,500 kepada FAM. Keseluruhannya Kuantan FA perlu membayar lebih RM1.72 juta.

1. Zulkanaen Ibrahim – RM35,000
2. Khairul Nizam Muhammad Nor – RM33,000
3. Mohamad Badrul Hisham Mohd Rozi – RM18,000
4. Mohamad Shafiq Razali – RM33,000
5. Mohd Ameer Syafeeq Aziz – RM35,000
6. Mohammad Khairul Helmy Mohammad Rahim – RM15,000
7. Mohammad Hariz Irffan Mohd Nazri – RM22,000
8. Mohd Hazuan Mohd Daud – RM45,000
9. Muhammad Badrul Amin Jesmi – RM15,000
10. Muhammad Rafizi Zahari – RM30,000
11. 
Munawwar Mohd Zain – RM15,000
12. Muhammad Hashim Shamsudin – RM19,000
13. Muhammad Baqiuddin Shamsuddin – RM28,000
14. Mohd Zaidee Jamaluddin – RM20,000
15. Abdul Hadi Yahaya – RM50,000
16. Abdul Ghani Abd Rahman – RM45,000
17. Abdul Manaf Mamat – RM50,000
18. Ahmad Haziq Ahmad Puad – RM23,250
19. Azman Chuchu – RM9,000
20. Azrul Nizam Muhammad – RM24,000
21. Hamizul Izaidi Zulkifli – RM33,000
22. Helmi Remeli -RM30,000
23. Mohd Hafizi Amiruddin – RM17,500
24. Mohamad Amirul Asraf Mohd Noor – RM28,000
25. Mohd Syazwan Mohd Roslan – RM37,500
26. Muhamad Azmi – RM22,000
27. Mohd Fazli Zulkifli – RM36,250
28. Mohd Daudsu Jamaludin – RM25,500.
29. Muhamad Akhir Bahar – RM35,000
30. Muhamad Nur Haziq Mohd Aris – RM36,000
31. Muhammad Amirul Izwan Mohd Baki – RM15,000
32. Muhammad Azhiim Kamarudin – RM9,000.00
33. Muhammad Izzuddin Muhamat Hussin – RM40,000
34. Muhammad Zahiruddin Zulkifli – RM32,500
35. Muhd Fikri Elhan – 
RM15,000.00
36. Syafiq Azri Ahmad – RM27,625.00
37.  Zairul Fitree Ishak – RM19,500.00
38. Rancho Da Silva Andre Francisco – USD28,387.09 (RM118,352.00)
39. Abdul Malik Mat Ariff – RM70,000.00
40. Mohd Faris Ismail – RM48,000
41. Ismail Zakaria – RM100,000.00
42. Rusdi Suparman – RM60,000
43. Mohd Shukri Ismail – RM96,000
44. Azlisham Ib Berahim – RM52,000.00
45. Abdul Wafiy Abdul Ghafar -RM60,000

Untuk setiap satu kesalahan, Kuantan FA didenda RM1,500.00, perlu dibayar dalam masa 14 hari waktu bekerja. Dan tunggakan gaji perlu diselesaikan dalam masa 60 hari.
FAM memberikan amaran keras dan jika kesalahan ini diulangi, tindakan lebih berat bakal menanti. Kuantan FA tidak boleh merayu untuk kesemua kesalahan.

Anda boleh buka pautan di bawah ini untuk maklumat lebih lengkap.
Keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Tatatertib FAM 6 Disember 2018.