Kuantan catat rekod tertinggi penghidap HIV - Kuantan City Portal - Laman Komuniti Warga Kuantan

Kuantan catat rekod tertinggi penghidap HIV


Remaja berusia 20 tahun antara pesakit termuda dikesan mengidap HIV di negeri Pahang yang berpunca dari hubungan seks. Ia menjadi faktor utama yang merekodkan 75% jangkitan berbanding hanya 18%, 10 tahun lalu.

Pengarah Kesihatan negeri Pahang, Datuk Dr. Sha'ari Ngadiman berkata, daripada 165 kes HIV baharu tahun ini, 82% adalah adalah lelaki dan 57% adalah dalam kalangan anak muda berusia antara 20 hingga 39 tahun. Jelasnya, peningkatan cara jangkitan melalui hubungan seks telah menimbulkan kebimbangan dan isu ini perlu diberikan tumpuan dengan meningkatkan program pencegahan.


 


Seramai 11,339 penghidap HIV direkodkan di seluruh negeri sejak penyakit itu mula dikesan di negeri ini pada 1989 dengan daerah Kuantan merekodkan jumlah tertinggi diikuti Temerloh dan Rompin. Daripada jumlah itu seramai 9,086 pesakit direkodkan masih hidup termasuklah yang menjalani rawatan berterusan. Beliau berkata, tahap kesedaran penghidap HIV di negeri ini untuk melakukan rawatan anti retroviral masih kurang memuaskan apabila hanya merekodkan 25%.

Tiada ulasan: