Keadaan banjir di Kuantan beransur pulih - Kuantan City Portal - Laman Komuniti Warga Kuantan

Keadaan banjir di Kuantan beransur pulih


KUANTAN, 15 Dis (Bernama) -- Keadaan banjir di daerah Kuantan beransur pulih apabila hanya dua pusat pemindahan sementara (PPS) masih beroperasi pada tengah hari ini.

Menurut portal Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) setakat 12 tengah hari ini, dua PPS itu menempatkan 102 mangsa banjir daripada 26 keluarga.

PPS tersebut ialah Sekolah Kebangsaan (SK) Sungai Ular yang menempatkan 25 mangsa daripada tujuh keluarga dan SK Kempadang dengan 77 mangsa daripada 19 keluarga.

Banjir di Kuantan bermula sejak Khamis ekoran hujan lebat berterusan, dengan keseluruhannya tujuh pusat PPS beroperasi, sebelum beransur-ansur ditutup bermula malam tadi.