Arah Lynas keluarkan sisa radioaktif dari Kuantan keputusan terbaik - Fuziah - Kuantan City Portal - Laman Komuniti Warga Kuantan

Arah Lynas keluarkan sisa radioaktif dari Kuantan keputusan terbaik - Fuziah



Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Fuziah Salleh menyambut baik keputusan kerajaan yang mahu Lynas Corporation Ltd (Lynas) mengeluarkan sisa radioaktif yang diproses di kilang milik syarikat itu dari Kuantan.

Anggota Parlimen Kuantan itu berkata beliau dimaklumkan keputusan tersebut dicapai dalam mesyuarat kabinet hari ini susulan cadangan daripada Kementerian Tenaga, Teknologi, Sains, Perubahan Iklim dan Alam Sekitar.

Menyifatkan keputusan itu sebagai pencapaian terbaik kepada perjuangan rakyat, Fuziah, yang baru-baru ini dilantik sebagai Pengerusi Jawatankuasa Eksekutif Semakan Semula Lynas berharap proses tersebut dapat dilakukan secepat mungkin.

"Ini satu keputusan yang sangat dinanti-nantikan penduduk dan jika boleh, saya harap proses itu dapat dilakukan segera kerana kandungan air di sungai-sungai di Kuantan kini hampir tercemar.

"Rata-rata penduduk di situ rezeki mereka berpunca dari sungai dan laut, bayangkan ia tercemar, bagaimana mereka hendak mencari rezeki," katanya. - Bernama

Tiada ulasan: