Politik: DUN Pahang lulus usul tolak ICERD

KUANTAN 21 Nov. - Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pahang hari ini meluluskan usul menolak ratifikasi Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD).
"Semua kaum telah diberikan hak yang bersesuaian dan telah termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan. Intipati undang-undang dalam Perlembagaan Persekutuan pula adalah hasil perbincangan semua kaum yang diwakili pemimpin kaum masing-masing.
"Bantahan hari ini adalah mewakili Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) serta seluruh rakyat negeri ini," katanya pada sidang DUN di Wisma Sri Pahang, di sini hari ini.
Shahaniza berkata, usaha itu merupakan kemuncak kepada bantahan yang ditunjukkan oleh pelbagai pihak dan menerusi pelbagai saluran termasuk perhimpunan aman yang dianjurkan di negeri ini pada 9 November lalu bagi membantah ratifikasi ICERD.
"Dengan bantahan oleh DUN hari ini, kita berharap kerajaan Persekutuan menerimanya dengan baik dan tidak akan sekali-kali menandatangani ICERD," katanya. - Utusan
Konvensyen Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Ras Antarabangsa - Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas
Konvensyen Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Ras Antarabangsa atau Perjanjian Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Ras Antarabangsa ( ICERD) ialah sebuah konvensyen (perjanjian) oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu. Sebagai sebuah hak asasi manusia generasi ketiga, Konvensyen tersebut meminta anggotanya untuk menghapuskan diskriminasi terhadap kaum dan menggalakkan kesefahaman di antara semua kaum.
Tiada ulasan: