Jenayah: Polis buru geng pecah rumah

KUANTAN, 18 NOV - Polis memburu tiga lelaki yang disyaki melakukan kejadian pecah rumah di Kuantan dan Rompin, dengan menggunakan kereta mewah Toyota Estima bagi mengaburi masyarakat.
Ketua Polis Daerah Kuantan, ACP Mohamad Noor Yusof Ali berkata pada kejadian terbaharu Jumaat lepas, suspek dipercayai memecah masuk tiga buah rumah di Seri Teruntum, Lorong Alor Akar dan Jalan Tengku Muhammad di sini, antara 12 tengah hari hingga 5 petang.
Katanya, kejadian menyebabkan kerugian RM150,000 apabila pelbagai barangan berharga milik mangsa dilarikan antaranya wang tunai, jam tangan, telefon bimbit, komputer riba dan sebuah kereta jenis Mazda CX-5.
Rakaman CCTV suspek dan kereta Toyota Estima dipercayai terlibat dalam beberapa kejadian pecah rumah sekitar Kuantan yang kini diburu polis - Ketua Polis Kuantan pic.twitter.com/ry2ZZpl09g— BERNAMA (@bernamadotcom) November 18, 2018
Siasatan terhadap nombor pendaftaran W6097R kereta Toyota Estima berwarna hitam atau gelap yang digunakan suspek mendapati ia diklon daripada kereta jenis sama bagi menyukarkan siasatan. Ini menunjukkan suspek adalah kumpulan terancang.
Orang ramai yang mempunyai maklumat boleh menghubungi Polis Pahang di talian 09-505 2222
Tiada ulasan: