Himpunan bantah ICERD di Kuantan Jumaat ini - Kuantan City Portal - Laman Komuniti Warga Kuantan

Himpunan bantah ICERD di Kuantan Jumaat ini


KUANTAN 13 Nov. - Satu perhimpunan aman bagi membantah pengiktirafan Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD) di Malaysia akan diadakan di pekarangan masjid negeri di sini, Jumaat ini.

Timbalan Pesuruhjaya Pas negeri, Andansura Rabu berkata, perhimpunan yang bermula selepas solat Jumaat itu bertujuan mewujudkan kesedaran tentang ancaman terhadap umat Islam akibat ratifikasi ICERD tersebut.


“Perhimpunan aman ini merupakan gabungan kerjasama antara Pas, UMNO, Ikatan Muslimin Malaysia (Isma), Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS), Gabungan Mahasiswa Islam Malaysia (Gamis) dan pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam lain.

“Umat Islam dijempur hadir beramai-ramai ke himpunan ini untuk membantah ICERD,” katanya di sini hari ini. - Utusan

Ikuti pandangan Mufti Perlis, Dato Dr Mohd Asri Zainal Abidin berkenaan perkara ini:


Tiada ulasan: