ECRL tidak ditolak, kos yang ditolak - Fuziah

KUANTAN 4 Nov. - Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) tidak ditolak oleh kerajaan Pakatan Harapan sebaliknya apa yang ditolak adalah kos projek itu yang terlalu tinggi.
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Fuziah Salleh berkata, oleh sebab itu kerajaan membuat keputusan menangguhkan projek berimpak tinggi berkenaan.
"ECRL merupakan projek yang dapat membantu Pantai Timur melonjakkkan jumlah kehadiran pelancong dan memendekkan jarak perjalanan dari Kuala Lumpur ke Pantai Timur.
"Tetapi disebabkan kosnya yang tinggi, projek ini terpaksa ditangguhkan. Kepentingan negara diutamakan dan jika kos terlalu tinggi dan membebankan negara kita perlu terima hakikat projek ini ditangguhkan," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Program Kayuhan Prihatian Wakaf dan Sumbangan Mesra Wakaf Prihatin di Dewan Orang Ramai Cherok Paloh di sini hari ini. Dalam pembentangan Belanjawan 2019 Jumaat lalu, Menteri Kewangan, Lim Guan Eng berkata,
kerja pembinaan ECRL berjumlah RM81 bilion telah digantung dan kini kosnya sedang dirunding semula.
Tiada ulasan: