23 Tempat Larangan Merokok di Pahang bermula 1 Januari 2019

Bermula bulan Januari 2019 nanti 23 tempat berikut akan diisytihar sebagai tempat larangan merokok. Sekiranya didapati bersalah, anda boleh didenda tidak melebihi RM10,000 atau penjara tidak lebih 2 tahun.
Berikut merupakan senarai penuh kawasan dilarang merokok seluruh Malaysia.
1. Restoran dan premis makanan termasuk warung-warung makanan di tepi jalan
2. Dalam mana-mana kawasan taman awam kecuali tempat letak kereta awam terbuka
3. Dalam mana-mana kawasan awam yang digunakan untuk tujuan keagaaman
4. Di mana-mana kawasan taman asuhan kanak-kanak
5. Dalam mana-mana kawasan premis kerajaan
6. Dalam mana-mana menara cerapan, tapak perkhemahan, titian kanopi dan lima meter dari laluan masuk atau keluar titian kanopi dalam taman negara atau taman negeri
7. Di dalam mana-mana tempat hiburan atau teater, kecuali mana-mana disko, kelab malam atau kasino
8. Di dalam mana-mana kawasan hospital atau klinik
9. Di dalam mana-mana lif atau tandas awam
10. Di dalam mana-mana tempat makan atau kedai berhawa dingin
11. Di dalam mana-mana kenderaan awam atau hentian pengangkutan awam
12. Di dalam mana-mana tempat kerja berhawa dingin dengan suatu sistem hawa dingin berpusat
13. Di dalam mana-mana bas sekolah
14. Di dalam mana-mana lapangan terbang
15. Di mana-mana kawasan kafe internet
16. Di mana-mana kawasan khidmat negara
17. Di mana-mana kawasan perpustakaan
18. Di mana-mana bangunan atau tempat permainan kanak-kanak atau taman
19. Di mana-mana kawasan kompleks membeli belah
20. Di mana-mana kawasan stesen minyak20.Di mana-mana kawasan yang digunakan untuk aktiviti perhimpunan di dalam sesuatu bangunan selain bangunan kediaman
21. Di mana-mana kawasan stadium, kompleks sukan, pusat kecergasan atau gymnasium
22. Di mana-mana kawasan institusi pendidikan atau institusi pendidikan tinggi
23. Di mana-mana tingkat yang mempunyai kaunter perkhidmatan dalam bangunan
Siaran Media Tempat Larangan Merokok
KUALA LUMPUR 5 Sept. – Mulai Disember ini, semua restoran terbuka akan diisytiharkan sebagai kawasan larangan merokok.
Timbalan Menteri Kesihatan, Dr. Lee Boon Chye berkata, pihaknya masih dalam peringkat perbincangan dengan beberapa pihak berkepentingan berhubung cadangan berkenaan.
Katanya, langkah ini merupakan inisiatif kementerian bagi memperluaskan lagi kawasan larangan merokok di bawah Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau (Pindaan) 2017.
“Pewartaan ini adalah komitmen Malaysia sebagai negara anggota kepada Konvensyen Rangka Kerja Kawalan Tembakau dan mematuhi panduan di bawah Artikel 8 Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO). Ia juga merupakan salah satu inisiatif kementerian untuk melindungi orang awam daripada bahaya asap rokok.
“Saya memohon sokongan anda semua. Jika peraturan ini tidak dipatuhi, mereka terbabit boleh didenda RM10,000 atau penjara tidak lebih dua tahun,” katanya sewaktu menggulung perbahasan usul menjunjung kasih titah ucapan Yang di-Pertuan Agong bagi Kementerian Kesihatan dalam sidang Dewan Negara di sini hari ini.
Tiada ulasan: