Maklumat Ahli Parlimen Kuantan - Kuantan City Portal

Maklumat Ahli Parlimen Kuantan

  • Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama Islam)
  • Ahli Parlimen untuk Kuantan, Pahang
  • Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat 

Yang Berhormat Hajjah Fuziah Salleh (lahir 13 Julai 1959) merupakan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) dan Ahli Parlimen Kuantan, Pahang dari Parti Keadilan Rakyat (PKR). Pada Pilihan Raya Umum Malaysia 2008, Fuziah Salleh telah menewaskan penyandang kerusi Parlimen Kuantan dan juga Timbalan Menteri Keselamatan Dalam Negeri Datuk Fu Ah Kiow dari Persatuan Cina Malaysia (MCA), dengan majoriti 1,826 undi. Fuziah Salleh mendapat 18,398 undi, manakala Datuk Fu Ah Kiow hanya mendapat 16,572 undi sahaja.

Manakala pada Pilihan Raya Umum ke-13, Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) mengambil kesempatan daripada peningkatan peratusan pengundi Melayu di Kuantan kepada 63 peratus dengan meminjam kerusi Parlimen Kuantan daripada MCA. Pinjaman kerusi Parlimen Kuatan juga dilihat sebagai satu langkah taktikal Barisan Nasional (BN) yang bimbang terhadap kemerosotan sokongan pengundi Cina yang masih lantang menentang projek kontroversi Kilang Pemprosesan Nadir Bumi Lynas di Kuantan.

Walaupun menghadapi persaingan sengit daripada calon UMNO, pada 5hb Mei 2013, Naib Presiden PKR Fuziah Salleh bukan sahaja dapat mengekalkan kerusi Kuantan untuk penggal kedua, tetapi dengan majoriti undi yang jauh lebih tinggi sehingga 4,515, selepas menewaskan Datuk Mohamed Suffian Awang. Datuk Mohamed Suffian Awang merupakan Ketua Pemuda UMNO Kuantan dan juga Setiausaha Politik kepada Perdana Menteri Malaysia dan Pengerusi BN Datuk Seri Mohammad Najib Abdul Razak.

Kedua-dua UMNO dan MCA merupakan anggota-aggota utama parti komponen BN. Masa ini, Fuziah merupakan Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) dalam komponen Pakatan Harapan (PH). Beliau dilahirkan di Johor pada 13 Julai 1959 tetapi dibesarkan di Kuantan, Pahang.

https://www.facebook.com/YBFuziahSalleh/
https://twitter.com/fuziah99?lang=en