Mohon bantuan anak hidapi komplikasi jantung
Langkau ke kandungan utama

Mohon bantuan anak hidapi komplikasi jantung


Anak adalah penyeri kehidupan. Setelah 10 bulan membawa perut, sudah tentu
kedatangan anak yang dikandung amat dinantikan. Arina Firdaus, 26 tahun, bersyukur,
sepanjang tempoh kehamilan dirinya tidak mengalami sebarang alahan. Begitu juga
dengan proses kelahiran, wanita ini melahirkan anak sulungnya Muhammad Yusya secara
normal dengan bantuan vakum.

Muhammad Yusya yang dilahirkan pada 14 Jun 2018 dilahirkan sihat dan sempurna. Hati
sang ibu cukup gembira apabila mampu menguruskan keperluan anaknya biar pun pada
awalnya agak kekok, maklumlah anak pertama. Tetapi keseronokan yang dilalui Arina dan
suaminya, Mohd Khir Lateh, 38 tahun, tidak bertahan lama setelah anak mereka genap
sebulan.

Ada Yang Tak Kena

Arina mulai mengesan kelainan pada anaknya yang bernafas agak laju. Malahan anaknya
juga menangis dengan suara yang cukup perlahan berbanding hari-hari sebelumnya.
Mulanya disangka masalah ini adalah situasi yang biasa, namun apabila berlarutan,
akhirnya Arina dan suami membawa anaknya ke hospital untuk mendapatkan
pemeriksaan lanjut.

“Sebelum itu kakak saya yang membantu saya berpantang perasan bahawa anak saya
bernafas agak laju. Tetapi selepas itu pernafasan anak saya kelihatan normal. Tetapi
apabila melihat dia menangis tetapi suaranya sangat perlahan buatkan saya jadi pelik.
“Setelah melalui ujian daripada doktor di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan
Malaysia (PPUKM), rupa-rupanya anak saya mengalami masalah komplikasi pada saluran
injap jantungnya dan keadaannya agak kritikal,” ungkap Arina mulai sebak.

Perlu Pembedahan Segera

Menurut doktor, Muhammad Yusya mengalami TAPVD iaitu Total Anomalous Venous
Pulmonary Drainage. Perkara ini membuatkan nafasnya laju dan kini bergantung kepada
mesin oksigen. Kala ini Arina sering dihantui rasa sedih serta bimbang melihat keadaan
anaknya yang ditempatkan di Pediatric Intensive Care Unit (PICU), HUKM.
Sejak dimasukkan ke wad, Muhammad Yusya diserang demam kerana tubuh badannya
yang tidak mampu melawan serangan kuman. Walau bagaimana pun, hasil pemeriksaan
doktor keadaan bayi ini makin beransur baik dan jika didapati Muhammad Yusya bebas
daripada jangkitan, dia akan menjalani pembedahan di Hospital Gleneagles, Kuala
Lumpur.

“Disebabkan ketiadaan Doktor pakar dan kekurangan peralatan yang lengkap di HUKM,
bayi saya akan menjalani pembedahan di Hospital Glenagles. Pada mulanya, saya dan
suami bimbang kos rawatan yang menelan belanja sebanyak RM 60, 000 kerana bukan
orang senang.

“Alhamdulillah baru-baru ini doktor ada beritahu yang kos perbelanjaan untuk
pembedahan itu telah cukup atas tajaan Biro Kebajikan Hospital Gleneagles. Jika bayi
sihat, pembedahan akan dilakukan dengan kadar segera.

‘Namun begitu, kami suami, isteri perlu menyediakan wang secukupnya untuk
pendaftaran, ubat-ubatan selepas pembedahan dan juga rawatan susulan. Setakat ini saya
memang tidak bekerja dan hanya bergantung kepada pendapat suami sebagai tukang urut
yang bergaji RM 850 sebulan,” terang Arina panjang lebar sambil mengenangkan nasib
mereka sekeluarga kelak.

Bukan Penyakit Biasa

Memandangkan kes ini jarang-jarang berlaku dan dianggap “rare”, Arina sukar
mendapatkan maklumat yang tepat mengenai penyakit yang dialami anaknya. Jika ada
kemusykilan, Arina cuba mendapatkan maklumat daripada doktor dan juga mencari
maklumat tentang TAPVD di internet.

Sebagai ibu, sudah tentu kenyataan ini amat sukar untuk ditelan Arina. Tambahan lagi
kala itu dirinya masih di dalam pantang. Emosinya yang tidak begitu stabil membuatkan
dia menangis sedih setiap kali fikirkan masa depan anaknya.

Mujurlah dirinya dikelilingi insan yang sangat mengambil berat tentang dirinya
terutamanya suami dan ibunya. Mereka yang banyak membantu Arina untuk kembali
bersemangat untuk melihat anaknya pulih seperti sediakala. Jururawat di hospital juga
banyak menasihatinya agar tidak membebankan perasaan agar dia tidak diserang
meroyan.

Lagi pun Arina perlu kuat bagi melihat perkembangan positif Muhammad Yusya. Ibu
muda ini juga teringin sekali membelai anaknya seperti mula-mula melahirkan dahulu.
Menyusukan Muhammad Yusya secara terus adalah kerinduan yang teramat buatnya.

‘Sepanjang berada di PICU, saya tidak lagi mampu menguruskan anak saya seperti di
rumah. Segalanya dibantu oleh jururawat, saya hanya dibenarkan untuk menyusu
Muhamad Yusya. Itu pun saya perlu pam susu dan berikan pada anak saya kerana dia
tidak menyusu secara direct.

“Sedih hati saya bila melihat badannya yang dipenuhi wayar dan bernafas dengan bantuan
oksigen. Saya sentiasa berdoa agar anak saya cepat menjalani pembedahan dan kembali
sihat. Saya ingin bawa dia pulang ke rumah secepat mungkin. Saya teringin nak membelai
dan mendukung anak saya seperi awal-awal dulu,” ungkapnya sebak.

Kepada sesiapa yang berhasrat untuk memberikan sumbangan ikhlas bolehlah
menyalurkan terus sumbangan anda ke akaun Bank Islam atas nama Mohd Khir bin Lateh
bernombor 14041020714961. Mudah-mudahan dengan sumbangan ikhlas daripada anda
ini sedikit sebanyak akan dapat meringankan bebanan yang di tanggung oleh keluarga ini.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Bintang Mesir & Liverpool Mohamed Salah dakwah imej Islam melalui bolasepak

Anfield, LIVERPOOL: Mohamed Salah telah meningkatkan reputasinya sebagai salah seorang pemain bola sepak handalan dunia yang diminati bukan sahaja kerana hebat di padang tetapi sifat pemurahnya.

Anak Tak Mampu Bawa Ibu Ke Hospital Mohon Bantuan

Fatimah Taib
Bank Simpanan Nasional: 0213141000045693

Cristiano Ronaldo bertemu Khabib Nurmagomedov, ucap Assalamualaikum

Bintang Real Madrid, Cristiano Ronaldo bertemu dengan bintang UFC Muslim dari Rusia, Khabib Nurmagomedov di Madrid, Sepanyol.