Anak kecil disangka gastrik rupanya kanser ovari
Langkau ke kandungan utama

Anak kecil disangka gastrik rupanya kanser ovari


Kuantan: “Saya tidak sangka sama sekali sakit perut dialaminya seawal usia tiga tahun petanda awal dia menghidap kanser ovari,” kata Zaliza Muhamad Ghaus, 36.

Menurutnya, boleh dikatakan setiap dua atau tiga bulan sekali, anaknya, Nur Aliz Darwisyah Samsul Hamizan berusia lapan tahun diserang sakit perut, tetapi setiap kali membuat pemeriksaan di klinik atau hospital hanya diberitahu menghidap gastrik biasa.

Ahli Persatuan Sokongan Anak-Anak Kanser ((PESONA) Kuantan itu hanya mengetahui anaknya menghidap kanser selepas mengadu sakit perut tiga hari berturut-turut pada Jun lalu.

Menurutnya, Aliz muntah dengan banyak ketika mereka berbuka puasa menyebabkannya dan suami, Samsul Hamizan Mohamad Salleh, 42, membawanya ke Klinik Keluarga Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Indera Mahkota untuk mendapatkan rawatan.

“Sebaik ujian imbasan menggunakan mesin pengimbas tomografi berkomputer (CT scan) dilakukan, doktor mengesan ada ketumbuhan dalam perutnya.

“Doktor menasihatkannya supaya ke Hospital UIAM untuk ujian lebih teliti,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Sungai Dua, Pantai Sepat di sini, semalam.

Menurutnya, hasil pemeriksaan lanjut dijalankan di hospital itu, doktor mengesahkan terdapat ketumbuhan pada bahagian kiri ovarinya.

Katanya, satu pembedahan segera dilakukan terhadap anaknya itu bagi membuang ketumbuhan berukuran 15 sentimeter dan seberat dua kilogram bagi mengelak sel kanser merebak.

“Pembedahan itu dilakukan 2 Julai lalu tetapi ujian darah dijalankan pada 24 Julai lalu mendapati kanser ovari dihidapinya berada pada tahap empat.

“Buat masa ini, dia menjalani rawatan kimoterapi...terdapat empat pusingan rawatan perlu dilalui, dua daripadanya dijalankan di Hospital Kuala Lumpur dan baki dua lagi akan dijalankan di Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu.

“Selepas selesai empat pusingan rawatan itu, Aliz akan menjalani ujian CT scan sekali lagi bagi melihat sama ada sel kansernya masih aktif atau tidak... kami jangkakan ujian itu dibuat Oktober nanti,” katanya.

Zaliza berkata, anaknya yang belajar di Sekolah Kebangsaan (SK) Kuala Penor dekat sini, dinasihatkan tidak menghadiri sesi persekolahan sejak Jun lalu bagi mengelakkan keadaan kesihatannya terjejas.

Katanya, walaupun anaknya itu kerap merungut kerana rindukan kawan-kawannya di sekolah, Aliz memahami keadaan kesihatannya yang tidak mengizinkan dia ke sekolah.

Orang ramai yang ingin membantu boleh menghubungi Persatuan Sokongan Anak-Anak Kanser  Pesona ditalian 019-932 3361.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Bintang Mesir & Liverpool Mohamed Salah dakwah imej Islam melalui bolasepak

Anfield, LIVERPOOL: Mohamed Salah telah meningkatkan reputasinya sebagai salah seorang pemain bola sepak handalan dunia yang diminati bukan sahaja kerana hebat di padang tetapi sifat pemurahnya.

Anak Tak Mampu Bawa Ibu Ke Hospital Mohon Bantuan

Fatimah Taib
Bank Simpanan Nasional: 0213141000045693

Cristiano Ronaldo bertemu Khabib Nurmagomedov, ucap Assalamualaikum

Bintang Real Madrid, Cristiano Ronaldo bertemu dengan bintang UFC Muslim dari Rusia, Khabib Nurmagomedov di Madrid, Sepanyol.