Penjual Bunga OKU Mohon Bantuan RM5,000 Untuk Jalani Pembedahan Jantung
Langkau ke kandungan utama

Penjual Bunga OKU Mohon Bantuan RM5,000 Untuk Jalani Pembedahan Jantung


IPOH:Seorang penjual bunga orang kelainan upaya (OKU) memohon bantuan wang tunai berjumlah RM5,000 daripada orang ramai untuk membeli beberapa alat pembedahan bagi merawat penyakit saluran jantung tersumbat yang dialaminya sejak lima tahun lalu.

R. Rengaiya, 43, berkata, dia pernah ke Institut Jantung Negara (IJN) pada tahun 2013 untuk mendapatkan rawatan namun terpaksa membatalkan hasrat untuk melakukan pembedahan akibat kos yang tinggi sehingga RM60,000 diperlukan.

“Saya kemudian mendapatkan rawatan jantung di Hospital Serdang dan kini pihak hospital meminta saya membayar RM5,000 untuk membeli beberapa peralatan bagi melakukan pembedahan.

“Tarikh pembedahan telah ditetapkan pada 6 September ini namun saya masih tidak mampu untuk membayarnya. Sekiranya saya tidak membayar wang itu, pembedahan tersebut tidak dapat dijalankan,” katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Tambah Rengaiya, dia yang merupakan OKU sakit tulang belakang sejak tiga tahun lalu itu mempunyai halangan untuk bekerja berat akibat sakit yang dihadapi.

“Saya dan isteri, N. Karnagi, 47, yang merupakan OKU lumpuh separuh badan hanya sekadar menjual bunga kecil-kecilan di tepi jalan bagi menampung keperluan hidup seharian.

“Harapan saya agar orang ramai bermurah hati memberikan derma kepada saya bagi membeli peralatan untuk pembedahan jantung saya,” katanya dalam nada sedih.

Menurut Rengaiya yang tinggal di Taman Kledang, Ipoh, bantuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat sebanyak RM400 sebulan selain pendapatannya menjual bunga RM300 sebulan tidak mampu untuk membayar wang membeli peralatan pembedahan jantungnya itu.

Orang ramai yang mahu menyampaikan sumbangan boleh menghubungi Rengaiya di talian 011-3411 5712 atau melalui nombor akaun Maybank 1611 7211 8970.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Bintang Mesir & Liverpool Mohamed Salah dakwah imej Islam melalui bolasepak

Anfield, LIVERPOOL: Mohamed Salah telah meningkatkan reputasinya sebagai salah seorang pemain bola sepak handalan dunia yang diminati bukan sahaja kerana hebat di padang tetapi sifat pemurahnya.

Anak Tak Mampu Bawa Ibu Ke Hospital Mohon Bantuan

Fatimah Taib
Bank Simpanan Nasional: 0213141000045693

Cristiano Ronaldo bertemu Khabib Nurmagomedov, ucap Assalamualaikum

Bintang Real Madrid, Cristiano Ronaldo bertemu dengan bintang UFC Muslim dari Rusia, Khabib Nurmagomedov di Madrid, Sepanyol.