Gadis ingin melanjutkan pelajaran ke UMS mohon bantuan
Langkau ke kandungan utama

Gadis ingin melanjutkan pelajaran ke UMS mohon bantuan


Sik: Seorang gadis pintar merayu sumbangan bagi melanjutkan pelajaran ke Universiti Malaysia Sabah (UMS) 4 September ini berikutan keluarganya tidak mampu menyediakan belanja diperlukannya.

Nurul Natasha Anuar, 20, dari Kampung Sadu di sini, memerlukan RM4,000 iaitu bagi membayar yuran pengajian RM2,050, tiket penerbangan RM1,500 serta keperluan lain yang belum dibeli.

Dikenali sebagai Ayong, dia tidak mempunyai cara lain lagi untuk mendapatkan wang bagi menampung pelajarannya dalam Ijazah Sarjana Muda Ekonomi (Ekonomi Sumber Manusia).

“Ibu saya Halimaton Husin, 44, menjual ulam di pasar tiga hari seminggu dengan pendapatan RM70 hingga RM80 sehari.

“Ini bermakna pendapatan ibu secara purata hanya RM30 sehari dan dengan wang itulah dia menyara tiga lagi adik saya yang masih bersekolah.

“Wang itu hanya cukup untuk persekolahan mereka manakala makan minum harian, kami makan di rumah datuk yang tinggal bersebelahan dengan rumah kami,” katanya anak sulung daripada lima beradik itu.

Nurul Natasha mengharapkan sumbangan orang ramai sebelum menerima wang pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).

Sementara itu, Halimaton berkata, dia runsing memikirkan nasib anak sulungnya namun pada masa sama gembira apabila Nurul berpeluang melanjutkan pelajaran.

“Saya terpaksa membesarkan anak bersendirian semenjak lima tahun lalu selepas bapa mereka gagal dikesan.

“Walaupun hidup kami dihimpit kemiskinan, anak saya suka belajar. Nurul sendiri memperoleh Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK) 3.25 dalam keputusan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) tahun lalu,” katanya.

Bagi mereka yang mahu membantu Nurul Natasha atau Ayong, boleh menghubungi talian 013 4981480 atau 013 5166696.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Bintang Mesir & Liverpool Mohamed Salah dakwah imej Islam melalui bolasepak

Anfield, LIVERPOOL: Mohamed Salah telah meningkatkan reputasinya sebagai salah seorang pemain bola sepak handalan dunia yang diminati bukan sahaja kerana hebat di padang tetapi sifat pemurahnya.

Anak Tak Mampu Bawa Ibu Ke Hospital Mohon Bantuan

Fatimah Taib
Bank Simpanan Nasional: 0213141000045693

Cristiano Ronaldo bertemu Khabib Nurmagomedov, ucap Assalamualaikum

Bintang Real Madrid, Cristiano Ronaldo bertemu dengan bintang UFC Muslim dari Rusia, Khabib Nurmagomedov di Madrid, Sepanyol.