SK Assam Jawa perlu RM30000 perbaiki surau
Langkau ke kandungan utama

SK Assam Jawa perlu RM30000 perbaiki surau

KUALA SELANGOR – Peruntukan sekurang-kurangnya RM30,000 diperlukan bagi memenuhi keperluan fizikal Surau Al Jariah Sekolah Kebangsaan (SK) Assam Jawa bagi memperhebatkan lagi persiapan ke peringkat kebangsaan.

Guru besarnya, Nizamuddin Abd Majid berkata, keperluan landskap seperti sudut panitia, laman ilmu, refleksi dan santai serta laluan empat musim dirancang untuk diwujudkan di kawasan surau itu bagi menyertai Anugerah Surau Imarah Sekolah-Sekolah (ASISS). “Pihak sekolah cukup berbesar hati sekiranya ada badan korporat, alumni sekolah dan individu prihatin yang sudi menyumbang bagi menjayakan misi persiapan inovasi fizikal ini. “Surau Al Jariah sekolah ini sudah berjaya menjuarai peringkat daerah dan negeri dalam Anugerah ASISS Peringkat Sekolah Rendah 2018,” katanya.

Menurutnya lagi, pihak sekolah kini dalam persiapan rapi untuk peringkat kebangsaan yang dijangka akan dinilai juri pada September hingga Oktober nanti. “Alhamdulillah, keunikan surau yang berkonsepkan milenium dan teknologi ini juga hasil sumbangan Lembaga Zakat Selangor (LZS), badan korporat dan Yayasan Rafulin. “Sebelum ini, isu surau lama mendapat perhatian dan dibina semula menjadi sebuah surau yang mampu menampung 600 murid dalam satu-satu masa selain menjadi kemudahan untuk murid yang tinggal di asrama,” katanya.

Katanya, orang ramai yang ingin menyumbang untuk surau ini boleh menyalurkan dana ke akaun Bank Islam Tetuan Surau Al Jariah SK Assam Jawa 12083010036623.

Sumber: Sinar Harian

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Bintang Mesir & Liverpool Mohamed Salah dakwah imej Islam melalui bolasepak

Anfield, LIVERPOOL: Mohamed Salah telah meningkatkan reputasinya sebagai salah seorang pemain bola sepak handalan dunia yang diminati bukan sahaja kerana hebat di padang tetapi sifat pemurahnya.

Anak Tak Mampu Bawa Ibu Ke Hospital Mohon Bantuan

Fatimah Taib
Bank Simpanan Nasional: 0213141000045693

Cristiano Ronaldo bertemu Khabib Nurmagomedov, ucap Assalamualaikum

Bintang Real Madrid, Cristiano Ronaldo bertemu dengan bintang UFC Muslim dari Rusia, Khabib Nurmagomedov di Madrid, Sepanyol.