Mohon bantuan perubatan suami terlantar kemalangan
Langkau ke kandungan utama

Mohon bantuan perubatan suami terlantar kemalangan

Kuala Lumpur: “Kehidupan kami anak-beranak bertukar sekelip mata apabila individu yang menjadi ‘tulang belakang’ kepada keluarga kini terlantar koma akibat terbabit kemalangan. “Kami sekeluarga hilang sumber pendapatan akibat kekangan kewangan sehingga saya terpaksa mengharapkan ihsan keluarga dan rakan,” kata suri rumah Nooraishah Mailzul, 33.

Nooraishah berkata, suaminya, Khairul Anuar Zainudin, 33, koma berikutan terbabit kemalangan jalan raya berhampiran stesen Transit Aliran Ringan (LRT) Taman Melati di sini, pada 18 Jun lalu.

Katanya, setiap hari dia berdoa kepada Allah SWT agar urusan membesarkan empat anak berusia 12 bulan hingga lapan tahun dipermudahkan. “Mujur ada sedikit wang simpanan milik suami, tetapi saya tak tahu sampai bila kami anak beranak mampu bertahan. Mungkin kami hanya boleh bertahan sebulan sahaja lagi jika mengharapkan wang simpanan suami semata-mata,” katanya.

Dia memberitahu, ketika kejadian Khairul Anuar berkerja sebagai penarik kereta dirempuh ketika dalam perjalanan pulang ke rumah selepas membeli sarapan di sebuah kedai berhampiran kediaman mereka.

Akibat rempuhan, katanya, tulang pipi dan rahang Khairul Anuar patah, selain itu doktor turut mengesan darah beku pada kepala suaminya. “Doktor terpaksa melakukan pembedahan untuk buang tempurung kepala suami bagi mengelakkan jangkitan kuman. Sekarang suami terlantar di rumah dan hanya boleh minum susu saja. “Setiap minggu saya kena sediakan RM500 untuk beli dua tin susu berharga RM80 setiap tin, lampin pakai buang dan ubat-ubatan,” katanya.

Menurutnya, dugaan dan cabaran dilalui sekarang ini dianggap sebagai sebahagian daripada ujian Allah SWT agar dia menjadi lebih kuat untuk membesarkan anak-anak dan menjaga suami kini terlantar. “Saya belum fikir lagi untuk mencari pekerjaan dalam masa terdekat ini kerana banyak perkara perlu difikirkan selain itu saya kena jaga suami agar keperluannya tak terabai,” katanya.

Orang ramai mahu membantu meringankan beban boleh menyalurkan bantuan menerusi akaun CIMB 14410084450526, atas nama Nooraishah Mailzul.
.
Sumber: Harian Metro

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Bintang Mesir & Liverpool Mohamed Salah dakwah imej Islam melalui bolasepak

Anfield, LIVERPOOL: Mohamed Salah telah meningkatkan reputasinya sebagai salah seorang pemain bola sepak handalan dunia yang diminati bukan sahaja kerana hebat di padang tetapi sifat pemurahnya.

Anak Tak Mampu Bawa Ibu Ke Hospital Mohon Bantuan

Fatimah Taib
Bank Simpanan Nasional: 0213141000045693

Cristiano Ronaldo bertemu Khabib Nurmagomedov, ucap Assalamualaikum

Bintang Real Madrid, Cristiano Ronaldo bertemu dengan bintang UFC Muslim dari Rusia, Khabib Nurmagomedov di Madrid, Sepanyol.