KCPbantu | Kuantan City Portal - Laman Bantuan Sosial Setempat Untuk Rakyat Malaysia

Saluran setempat memaparkan senarai golongan kurang bernasib baik di Malaysia yang memerlukan bantuan. Bantuan boleh disalurkan terus kepada pemohon berdasarkan maklumat yang ada di dalam artikel. Sebarang urusan atau pertanyaan sila emel ke: [email protected]

Home Top Ad

Kuala Lumpur: Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) meminta kerjasama orang ramai bagi membantu mengesan waris kepada tiga bayi dan lapan...

JKM mencari waris bayi ditinggalkan


Kuala Lumpur: Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) meminta kerjasama orang ramai bagi membantu mengesan waris kepada tiga bayi dan lapan kanak-kanak. Sila hubungi 03-2612 4000.

JKM Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dalam satu kenyataan berkata, kerjasama daripada waris amat penting bagi melancarkan urusan penempatan semula bayi dan kanak-kanak berkenaan.

Bagi kes pertama, JKM Wilayah Persekutuan menerima kes membabitkan bayi lelaki tanpa nama berusia sebulan yang dirujuk ke Jabatan Kerja Sosial Perubatan, Hospital Kuala Lumpur (HKL). Bayi berkenaan ditinggalkan selepas dilahirkan pada 4 Jun lalu dan mengikut rekod hospital, ibu kandungnya dikenali sebagai Diana Daud beralamat No 43B, Lorong Haji Taib 1, Chow Kit.

“Kes kedua membabitkan bayi lelaki berusia dua bulan hanya dikenali sebagai anak kepada Choong Hooi Leng.

“Kes ketiga juga membabitkan bayi lelaki ditinggalkan ibu kandung dikenali Yulis Anita Mat Lihat selepas dilahirkan pada 21 Mei lalu. Hasil semakan, wanita itu beralamat di Tingkat 15, Flat Selayang Mansion, Jalan Raja Laut,” katanya.

TIADA Nama

Kenyataan itu berkata, kes selanjutnya membabitkan kanak-kanak yang dijaga individu lain selepas ibu kandung meninggalkan mereka dengan alasan penjagaan sementara. “Kanak-kanak lelaki, Ruthiran dan abangnya, Yugendran masing-masing berusia empat dan enam tahun dijaga Mailvaganam yang beralamat 768F, Jalan Sentul pada 20 Februari 2014.

“Selain itu, Siti Saleha Samhuri, 13, dirujuk suami isteri, Nor Sarifah Samdi dan suaminya, Syed Zubair Ali kerana menghadapi masalah menguruskan kad pengenalan diri serta pendaftaran persekolahan kanak-kanak itu. “Maklumat diterima mendapati bapa kanak-kanak itu meninggal dunia pada 13 April 2009. Manakala ibunya seorang warga Indonesia dikenali sebagai Halimah,” katanya.


0 comments:

Advertisement